in ,

Boleh Ke Guna Ubat Gigi Untuk Hilangkan Jerawat?

Sumber gambar: https://cleanmyspace.com/toothpaste-not-only-for-teeth/

Kalau nak gosok gigi mesti la guna ubat gigi kan? Takkan nak guna ubat nyamuk pula. Tapi takkan function ubat gigi hanya untuk bersihkan gigi je? Sebenarnya ubat gigi ni power tau, ia bukan je boleh bersihkan gigi kita yang banyak bacteria tu, tapi mampu untuk buat benda lain which is…

BERSIHKAN KOTORAN PADA KASUT

Sumber gambar: http://ww2.milliyet.com.tr/pembenar/lastik-ayakkabilari-kolayca-beyazlatan-yontem-2023982

Kasut korang kotor? Dah penat sental tapi kotoran degil tetap tak hilang juga? Jangan risau girls, korang boleh gunakan ubat gigi tau. Tak kisah la ubat gigi tu jenama apa atau perasa apa sekali pun, asalkan ianya ubat gigi, korang boleh jugak pakai. Caranya ambil secalit ubat gigi tu dan sapukan pada permukaan kasut yang kotor tu. Biarkan at least dalam masa 15 minit then bilas macam biasa. Confirm kasut nampak macam baru je tau.

BERSIHKAN LAMPU KERETA

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=9yO5fwNK6zU

Lampu kereta parents korang nampak malap dan kotor? Dah nama pun boleh bersihkan kotoran, mesti la ubat gigi tu mampu untuk kurangkan kotoran yang ada dekat lampu kereta. Pergi ambil ubat gigi dan kain bersih, then mula sental ubat gigi dekat cermin lampu kereta. Dalam beberapa minit je, lampu kereta akan jadi bersih dan berkilat macam kereta baru okay.

PERMUKAAN SETERIKA

Sumber gambar: https://www.impiana.my/part-2-20-trik-ubat-gigi-rugi-kalau-tak-cuba/

Korang ni sejenis yang pandai guna seterika atau tak? Or setiap kali korang gosok baju, confirm baju terbakar sebab panas sangat? Kalau dah selalu jadi kejadian buruk macam tu, mesti iron tu dah berkerak kotor kan? Bila dah jadi macam tu, nak gosok tudung pun jadi susah sebab tersekat dengan kesan kebakaran dekat iron tu. What you need to do is, sapukan ubat gigi dekat area terbakar then panaskan atas kertas minyak. Benda ni sangat berkesan sebab Ainaa sendiri pernah cuba cara ni.

HILANGKAN JERAWAT

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=nds1taKjKNw

Dalam banyak-banyak produk kecantikan, kenapa korang nak gunakan ubat gigi juga? Dalam ubat gigi ada bahan seperti baking soda, mint, hidrogen peroksida, alkohol dan sebagainya. Tak dinafikan juga memang boleh digunakan untuk hilangkan jerawat, tapi menurut Dr. Rebecca Baxt, ubat gigi akan buatkan kulit kita rasa panas, kemerahan dan mengelupas. Tapi bergantung pada kulit masing-masing sebab ada je yang berkesan bila guna cara tu. Cuma jangan birkan semalaman dan kalau rasa panas, terus cuci muka sebersih mungkin sebab takut nanti ada infection pula pada kulit muka.

Lepas ni jangan pula korang gunakan ubat gigi untuk pulihkan semua benda. Macam Ainaa cakap tadi, tak semua benda boleh diselesaikan dengan hanya guna ubat gigi. Make sure hanya guna untuk benda yang sesuai je okay.

 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Zombie Pun Pandai Main Game? Seriously?!

Peminat Anime Kena Try Game Ni!