in ,

Boleh Ingat Lagi Ke Kalau Study Sekarang?

Sumber gambar: Pinterest.com

Nak study atau taknak? Sekolah lambat lagi buka kan? Baik study nanti je? Study sekarang nanti jadi lupa kan? Okay tak payah study!

Hehe! Korang ni kelakar la, takkan nak study pun jadi confuse? Study tu kan dikira sebagai keutamaan korang juga? Tak kisah la bila sekolah akan dibuka tapi korang tetap kena teruskan study. BTW tadi Ainaa baru sahaja tengok twit daripada Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri tentang berita peperiksaan SPM, PT3 dan UPSR.

Walaupun PT3 dan UPSR dibatalkan, tapi study tetap study. Takut nanti segala ilmu yang dipelajari terlupa macam tu je. Banyak pula yang korang nak kena ingat semula sebab semua benda dah lupa since masa terluang yang ada ni korang tak manfaatkan dengan terus study. Ada caranya untuk kekalkan ingatan pelajaran walaupun apa yang korang belajar itu ialah pada sekolah rendah dulu

BUAT NOTA RINGKAS

Image result for history notes tumblr | College notes, Pretty ...
Sumber gambar: Pinterest

Setiap kali study, korang boleh je buat simple notes. Tak kisah la nak buat peta minda ataupun nota ringkas pendek-pendek untuk fahaman korang sendiri. Asalkan setiap apa yang korang study tu ada notanya supaya nanti boleh dibaca pada bila-bila masa. At least nota tu boleh la selit dekat buku korang. Sambil-sambil tengok TV atau dah tak tahu nak buat apa, study la sikit apa yang patut dan buat simple notes. Buat nota tentang sejarah negeri Melaka pun okay juga, nanti boleh la share apa yang korang baca tu dengan adik-beradik yang lain.

SELALU BUAT LATIHAN

BUKU LATIHAN 2020 MODULE & MORE TINGKATAN 4 | Shopee Malaysia
Sumber gambar: Shopee

Korang mesti ada banyak buku latihan dekat rumah kan? Buku latihan last year dah habis? Kalau belum, boleh la buat juga. Daripada dibiarkan sahaja buku tu terbiar, korang kena la selalu buat latihan. At least ingat la juga segala latihan yang korang dah buat. Dengan cara buat latihan pun akan membuatkan korang mengingati apa yang dipelajari. Kerap buat latihan seminggu dua atau tiga kali. Kalau nak ‘berehat’, berehat pada hari minggu walaupun sekarang ni weekend sama je dengan weekdays, hehe! Tapi kena la ada masa untuk berehat juga, takut nanti stress pula banyak benda yang korang belajar.

AJAK STUDY DENGAN ADIK-BERADIK

South Korean Students Moving Overseas To Study Drop By A Third In ...
Sumber gambar: Koreanportal

Tengok adik-beradik lain macam tak buat apa-apa waktu PKP ni? Ajak la mereka study sekali dengan korang. Lagi best kalau ada kakak atau abang sebab mereka mesti boleh ajar korang apa-apa subject yang korang tak faham. Boleh la juga sama-sama study, parents korang pun tak bising sebab korang ada aktiviti lain selain tengok TV, main game dan main phone. Kalau korang selalu lakukan study bersama-sama ni, mesti bila dah buka sekolah nanti korang terus jadi genius sebab orang lain tak belajar lagi bab tersebut, korang dah tahu terlebih dahulu!

STUDY MACAM BIASA

REVISION TIMETABLE | School timetable, Revision timetable, School ...
Sumber gambar: Pinterest

Before PKP korang mesti ada jadual study sendiri kan? Since kita sedang dalam tempoh PKP dan setiap hari nampak biasa tak ada beza termasuk weekend, korang tetap boleh teruskan jadual study tu. Study je macam biasa, kalau korang memang study pada waktu malam, teruskan study macam tu. Let say weekend tu korang extra study, teruskan juga. Tak mustahil juga nanti bila dah sekolah korang masih ingat semua ilmu yang dipelajari.

Tak ada alasan nak tinggalkan buku lagi kan lepas ni? Lepas ni boleh la korang jadi budak pandai dekat sekolah! Share sekali cara yang Ainaa bagi ni dengan kawan-kawan yang lain okay.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Masak Nasi Lemak Mudah Cara Pelajar Sekolah

UPSR dan PT3 2020 Dibatalkan