in ,

Boleh Buat Aktiviti Ini Untuk Elak Bosan Ketika Kawalan Pergerakan

Sumber gambar: ft.com

Ikutkan cuti sekolah hanya seminggu. Tapi disebabkan virus Covid-19, cuti bertambah menjadi dua minggu. Ada certain yang happy sebab cuti sekolah bertambah dan tak ada banyak homework. Tapi ‘cuti’ kali ini bukanlah cuti untuk kita semua berseronok dan bersuka ria.

‘Cuti’ kali ini ialah bersempena dengan kawalan pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuatkuasa bermula pada hari ini, 18 Mac sehingga 31 Mac. Disebabkan itu, banyak insitusi pengajian, sekolah, pejabat urusan dan penduduk Malaysia sendiri dinasihatkan untuk berada di rumah masing-masing jika tiada keperluan untuk keluar. Tapi ini tidak bermakna negara kita sedang dalam bahaya, cuma salah satu cara pencegahan sahaja.

Sebab itu cuti sekolah bertambah sehingga ke hujung bulan. Actually ada banyak sangat benda yang boleh korang lakukan sepanjang ‘cuti’ sekolah kali ini. Bukan setakat ada masa untuk study extra, tapi ada banyak lagi benda lain yang boleh dilakukan especially untuk keselamatan dan kebersihan sekeluarga, which is…

JANGAN DUDUK SEORANG DIRI

via GIPHY

Semua orang takut dengan virus yang tengah berleluasa ini, tapi itu tak bermaksud korang kena duduk bersendirian dekat dalam bilik tidur sampaikan tak bergaul dengan orang lain. Korang masih boleh bergaul dengan kawan-kawan atau keluarga yang lain. Tapi tak boleh terlalu ramai sangat, bahaya! Kalau ada kawan call tanya khabar, korang bagitahu yang korang dalam keadaan yang selamat. At least ada juga yang concern dangan diri kita. At the same time, ambil berat juga tentang kesihatan orang yang tersayang okay.

BERSIHKAN RUMAH

via GIPHY

Dalam keadaan sekarang, kebersihan ialah perkara utama dan menjauhkan diri daripada kuman juga sangat penting. So, sekarang masanya untuk korang bersihkan rumah. Mop lantai dengan sabun anti bacteria, cuci toilet, kemas bilik dan sebagainya. Make sure bersihkan setiap sudut yang ada dekat rumah supaya rumah korang bebas daripada kuman dan bacteria.

BACA UPDATE TENTANG COVID-19

Since semalam, terdapat dua kes kematian yang berlaku di Malaysia which is perkara itu sangat membimbangkan kita semua. Oleh itu, korang boleh search di Internet dan tambahkan pengetahuan tentang isu semasa. Bagi Ainaa, sumber paling cepat nak tahu ialah dekat Twitter sebab dekat situ semua berita laju je orang update sampaikan tak sempat nak tengok semua berita. Tapi kalau nak lagi sahih, baca di official website mana-mana surat khabar yang ada atau tunggu laporan daripada berita. Penting tau sebenarnya untuk kita tahu apa yang sedang terjadi di dunia sekarang. Jangan pula korang bersuka ria duduk rumah tak ada buat apa-apa ya.

FAMILY TIME

via GIPHY

Dah berkumpul ramai-ramai dekat rumah best juga. Banyak aktiviti keluarga yang boleh korang lakukan sama-sama. Korang boleh tolong mak masak dekat dapur, adik dan abang tolong ayah kemas rumah, basuh baju dan macam-macam lagi. At least hubungan kekeluargaan pun dapat dieratkan lagi. Cuma dinasihatkan untuk buat jarak antara satu sama lain sebab takut juga kalau-kalau ada ahli keluarga yang tak sihat. Asalkan korang sekeluarga sentiasa jaga kebersihan diri dan basuh tangan sentiasa. Jadikan tempoh kawalan pergerakan ini sebagai cara untuk korang satu kelurga spend time together di rumah. Jangan jadi anti social, asyik mengadap phone je kerjanya.

Sebelum terlupa, jangan buat-buat tak ingat pula kerja sekolah yang cikgu bagi. Lama tau masa dua minggu. Siapkan dulu kerja then nanti boleh relax di rumah tanpa fikirkan kerja sekolah!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Doppelganger Atau Kembar K-Idol

Top Game Lama Perlu Ada Dalam Phone Korang