in ,

Boleh Belajar Martial Art Online? Say Whattt!

Sumber gambar: www.videoblocks.com

#Lunagirls, korang nak cuba sukan seni pertahankan diri? Suka tapi takut nak cuba? Ala.. Jangan risau! Kita tak perlu power bertumbuk.. Tapi sebagai seorang  gadis, seni pertahankan diri penting untuk kita belajar! Untuk permulaan, jom asah minat kita virtually dengan main game fighting? Ummi akan senaraikan games special untuk Android dan iOS..

EA SPORT UFC 

Sumber Gambar: https://www.touchtapplay.com

Siapa pernah tengok Ultimate Fighting Championship (UFC)? Ha! Kalau pernah, game ini lebih kurang sama macam UFC sebab developer game ni kolaborasi dengan UFC! Mereka ketengahkan konsep mix martial art dengan pelbagai skills, techniques and movements membuatkan game ini lebih menarik! Biasanya, kalau main game ini Ummi akan guna Conner McGregor atau pun Nate Diaz, #Lunagirls boleh cuba okay! 

TEKKEN MOBILE 

Sumber Gambar: https://www.google.com

Game yang paling famous dekat PS4 ini pun dah boleh download dekat phone tau. Fuh! Katanya berbeza daripada versi PS4.. Mereka mempunyai story tersendiri dan kalau korang nak tahu, hero Tekken Mobile ini boleh pilih untuk pakai apa-apa jenis senjata tau.. Ummi belum try lagi main game ni, tapi kawan Ummi kata lagi best! Ada antara #Lunagirls yang dah cuba main? On tak?

WWE 2K18

Sumber Gambar: https://youtu.be/78rP4qKSJMo

Eh! Bukan setakat UFC, WWE pun sekarang available on Android dan iOS! Bagi korang yang suka tengok wrestling dan minat John Cena, Undertaker, Tripple H boleh cuba game ni! Download WWE 2K18 untuk berangan jadi wrestler walaupun hanya dalam phone.. Hihi! Psst, game ni pun sesuai untuk lepas geram dan hilangkan stress tau.. Ummi pernah cuba! Yass!

GODS OF ROME 

Sumber Gambar: https://play.mob.org

Bosan dengan seni pertahankan diri moden? Ha! Jom kita cuba game Gods of Rome! Game bertemakan konsep zaman purba pula.. Walaupun agak tak realistic sebab korang boleh pilih untuk jadi orang atau pun monster, tapi ia sangat mencabar! Dan yang menariknya, grafik dan visual game ni sangat terperinci tau.. buatkan kita akan rasa macam real!

Eh! Sebenarnya banyak lagi tau senarai game macam ni, next time Ummi akan senaraikan game yang lebih menarik okay! Tapi jangan risau, Ummi akan test dulu game tu gempak atau tak sebelum share dengan #Lunagirls okay! Kalau korang ada game yang nak Ummi review, komen kat bawah okay! Ummi cuba try test main game dulu untuk korang..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Bawa Barang Ni Pergi Konsert Kalau Tak Nak Kena …..

Hidung Kembang? Kemek? Say No More! 👃