in ,

Bodyguard K-Pop Idol Harap Peminat Stop Buat Perkara Ini

Sumber gambar: twitter.com/egghead_me

Keselamatan K-Pop idol memang selalu diutamakan bila mereka dimana sahaja sebab tidak dinafikan perangai peminat yang terlalu obses pada mereka adalah diluar jangkaan. Oleh sebab itu, bukan sahaja K-Pop idol sendiri yang perlu menjaga diri mereka tapi dengan bantuan bodyguard juga sedikit sebanyak membantu keselamatan diri mereka terjamin. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya ada beberapa hal yang bodyguard K-pop idol harap para peminat berhenti untuk buat perkara-pekara ini.. Antaranya:

MASUK TIDAK TERATUR, HIMPIT DAN TOLAK PAGAR DI KONSERT

Sumber gambar: van bun

Kalau korang pernah pergi ke mana sahaja konsert, mesti korang akan tahu jika satu pagar jatuh, pagar yang lain juga akan jatuh. Jadi kemungkinan untuk ramai penonton yang hadir jatuh dan cedera pun tinggi. Salah seorang pengawal pernah berkongsi cerita bagaimana dia dan pengawal yang lain terpaksa pegang lengan satu sama lain dengan kuat supaya pagar tidak jatuh. Selain itu, korang juga kenalah beratur dengan baik dan jangan sebabkan kekecohan sebab jika semua orang beri kerjasama, mesti kerja orang lain pun mudah, betul tak?

FOLLOW IDOL KE TANDAS

Sumber gambar: amino apps

K-Pop idol pun adalah manusia biasa yang perlu pergi ke tandas dan kadang-kadang terpaksa menggunakan tandas awam. Jadi, bila ada majlis yang berlangsung di luar, kadang-kadang tak boleh jangka bila β€œseruan alam” itu datang.. Ada peminat yang mengambil kesempatan dan sanggup bersembunyi dalam tandas sebab nak tunggu K-Pop idol masuk. Sampai ada bodyguard yang terpaksa masuk dulu dalam tandas dan pastikan line clear sebelum idola korang nak guna. Ini memang tak patut.

LARI MENUJU KE VAN IDOL

Sumber gambar: sbs au

Menurut salah seorang pengawal yang pernah bekerja sebagai bodyguard K-Pop idol sebelum ini juga pernah berkongsi cerita. Ada peminat yang sanggup berlari ke arah van kumpulan K-Pop dan ada yang sampai tak peduli kiri kanan sebelum nak lintas jalan semata nak kejar K-Pop idol. Hal ini berisiko tinggi dan mungkin nyawa korang pun tak selamat! Sepatutnya korang kena hati-hati dan kita tak naklah K-Pop idol korang sedih sebab tindakan korang yang bahaya itu.

MENYOROK BAWAH MEJA

Sumber gambar: kpop herald

Bila obses dan kegilaan menguasai diri, ada juga peminat yang pernah bersembunyi di bawah meja. Sepatutnya korang tidak bolehlah buat hal macam itu semata nak dekat dengan K-Pop idol kegemaran korang secara diam. Walaupun korang puas hati dapat dekati idola korang dengan dekat akan tetapi, korang tak kesian ke dengan idola korang dan juga bodyguard yang nak kena jaga ratusan atau mungkin ribuan peminat yang hadir ke acara itu?

BUAT SALINAN KAD AKSES STAF

Sumber gambar: kiss asian

Last but not least, bodyguard juga berharap agar peminat tidak melakukan perkara luar jangkaan dengan membuat salinan kad akses dan menyamar sebagai staf di belakang pentas. Ramai yang bertegas, bahawa K-Pop idol juga memerlukan privasi, jadi hal seperti ini akan menyusahkan ramai pihak jika ada peminat yang menyamar itu siap ikut ke ruang peribadi mereka.

Berat juga ya tugas para bodyguard K-Pop idol ini, dan tak lepas juga untuk K-Pop idol itu sendiri. Kalau boleh, kita semua sebagai peminat berilah kerjasama yang baik untuk semua pihak. Bukan tak boleh nak jadi peminat fanatik K-Pop idol tapi pastikan korang tak berlebihan dan buat benda yang tidak baik diluar jangkaan.Β 

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Turutan Skincare Khas Buat Si Kulit Sensitif

JYP Lancarkan Audition Di TikTok #JYPTOK!