in ,

BLINK Dah Ready Ke Untuk Comeback BLACKPINK?

Sumber gambar: youtube.com/JISOO's BUNNY

Baru-baru ini memang kecoh untuk para BLINK sebab BLACKPINK nak buat comeback! Yeay! Akhirnya setelah sekian lama menanti! YG Entertainment telah beri teaser How You Like That iaitu pre-release single BLACKPINK yang akan dilancarkan pada 26 Jun akan datang! Macam biasa pukul 6 petang lah korang! Hehe!

Sebelum ini, peminat BLACKPINK dikejutkan dengan concept photo yang dimuat naik di Instagram rasmi BLACKPINK yang nampak lebih berlainan dengan konsep BLACKPINK seperti sebelum ini. Setelah lebih dari setahun mereka mendiamkan diri, akhirnya single How You Like That bakal dikeluarkan. Mesti ramai sangat BLINK dah rindu nak tengok BLACKPINK beraksi lagi, betul tak?

Jika kita lihat gambar BLACKPINK, konsep mereka nampak seperti konsep futuristic sebab potongan rambut mereka dan juga warna rambut Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo menarik perhatian ramai. Ramai juga yang menjangkakan untuk comeback kali ini mereka akan nampak lebih cool! Woah tak sabarnya nak tengok MV BLACKPINK nanti!

By the way, korang semua mesti dah dengar juga yang baru ini Lady Gaga ada kolaborasi dengan BLACKPINK melalui track Sour Candy kan? Untuk yang belum dengar, korang boleh lah dengar sebab lagu itu memang tengah hit sangat!

Jadi, semua orang wajib tunggu 26 Jun ini sebab lagu How You Like That mesti akan jadi lebih gempak daripada sebelum ini. Iya lah, sudah setahun lebih tunggu, mesti BLACKPINK dah prepare yang terbaik untuk BLINK! Betul tak? Hehe! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Form 5 Dan Form 6 Pergi Sekolah, Yang Lain Nak Buat Apa?

Comeback WayV Semakin Hangat Dan Seksi?