in ,

BLACKPINK Buat Comeback! BLINKS Dah Ready?

Sumber gambar: Pinterest.com

BLACKPINK in your area! Hit you with that DDU DU DDU! BOOMBAYAH! Yayayaya Bombayaayayayahhhh OPPA!

Bila dengar je berita BLACKPINK nak buat comeback bulan depan, terus rasa excited! Korang excited tak bila dapat tahu tentang berita ni? Satu je yang Ainaa harap iaitu BLACKPINK akan datang perform dekat Malaysia lagi sekali. Kalau mereka datang, Ainaa confirm akan pergi ke konsert tu!

via GIPHY

Khabarnya sekarang ni Lisa, Jennie, Jisoo dan juga Rose sudah pun selesai melakukan proses rakaman untuk album terbaru mereka. So maksudnya dekat sini mereka akan muncul dengan album baru tak lama lagi! Sekarang ni mereka sedang menyusun jadual bagi tarikh pengambaran muzik video untuk lagu tersebut. Maklum la sekarang ni kan satu dunia sedang mengalami gejala virus Covid-19, so banyak la perkara perlu diaturkan semula demi keselamatan semua.

Dikatakan juga mereka bakal menjalani pengambaran MV lagu tersebut pada bulan Mei ini dan kemudiannya comeback terbaru mereka ialah pada sekitar awal atau pertengahan bulan Jun ini. Harapnya pada awal bulan la sebab semua BLINKS dah tak sabar dah ni nak dengar lagu baru BLACKPINK! Agak-agak kali ni outfit siapa yang paling onz sekali?

Blackpink - Kill This Love Concept Photos (HD/HR) - K-Pop Database ...
Sumber gambar: Dbkpop

At the same time, pihak YG Entertainment masih lagi belum mengeluarkan tarikh rasmi untuk pelancaran album tersebut. Tetapi sekiranya mereka sudah mempunyai tarikh sebenar, semestinya akan diberitahu kepada peminat dengan kadar segera. Macam yang korang tahu, lagu terakhir BLACKPINK ialah Kill This Love which is sudah setahun yang lepas. So, memang sesuai la kalau bulan depan mereka muncul dengan album baru. Kiranya setahun sekali la ni BLACKPINK akan keluarkan album baru kan? Hehe!

Kita recap semula beberapa info tentang girl band kegemaran ramai ni yang mana mereka mula debut pada tahun 2016 dan lagu pertama mereka berjudul Square One. Jujur, Ainaa sendiri baru tahu tentang kewujudan BLACKPINK pada tahun 2018 so agak baru juga la sebenarnya Ainaa tahu tentang BLACKPINK ni. Maaf la, saya budak baru lagi nak join BLIKNS, hehe! Tapi apa yang Ainaa tahu, nama BLACKPINK mula disebut ramai menerusi lagu Whistle yang mana ketika itu sekitar tahun 2016.

That time semua orang mula mencari info background tentang siapa sebenarnya gadis cantik disebalik kumpulan BLACKPINK. Lepas tu setiap lagu baru BLACKPINK mendapat sambutan hangat daripada peminat bukan sahaja di Korea tetapi satu dunia! Lagu Boombayah juga menerima nasih yang sama which is mendapat sambutan hangat peminat sampai ramai yang hafal step tarian lagu tu ya!

BTW korang dah tahu ke belum tentang collaborasi antara BLACKPINK dan juga Lady Gaga? Tetapi YG Entertainment masih belum lagi mengesahkan atau menafikan tentang penularan berita tersebut. Korang rasa betul ke tidak? Maklum la sebelum ini BLACKPINK ada berduet dengan Dua Lipa menerusi lagu Kiss & Makeup. So, tak mustahil la kalau berita ini betul-betul berlaku kan? Maklum la, BLACKPINK pun memang dah sampai ke tahap international.

Dua Lipa Says "Kiss And Makeup" MV With BLACKPINK Won't Happen ...
Sumber gambar: Hype

Sebenarnya album baru Lady Gaga tu pun sepatutnya dilancarkan pada 10 April yang lepas, tapi disebabkan Covid-19, terpaksa la ditunda ke tarikh yang lain. See, betapa besarnya tamparan virus Covid-19 ni sampai banyak perkara penting perlu ditangguhkan sehingga semua sengketa ini selesai.

Apa pun, kita tunggu je bila album baru BLACKPINK ni akan release okay! Buat masa sekarang korang get ready je untuk hafal step tarian mereka macam dalam lagu yang sebelum ni okay! Mana tahu #Lunasquad yang lain pun akan bua video menari lagu BLACKPINK lagi ke?

What do you think?

16 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. Dah confirm la collab dgn lady gaga, search album chromatica lady gaga dkt genius.com ada list n ada lagu sour candy ft blackpink

  2. nanti mesti BLACKPINK nombor 1 kan….Yelah nanti nak keluar album baru…mesti bestkan…nanti BTS akan jadi nombor 2 la kan…sebab sekarangkan BTS nombor 1…BLACKPINK kan nombor 2…Tapi takpe BTS tetap nombor 1 didalam hati A.R.M.YπŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perangai K-Pop Fans Yang Paling Buat Idol Tak Suka

Rahsia Nak Nampak Cantik Dalam Video TikTok