in ,

Bisnes Sesuai Untuk Pelajar Sekolah Jadi Usahawan Muda

Sumber gambar: hijabnheels.com

Waktu sekolah, nafsu nak berbelanja memang membuak-buak. Nak beli makanan best yang viral, nak beli casing phone tukar-tukar setiap minggu, nak beli kuih muih selepas sekolah dan banyak lagi betul tak? Kadang-kadang nak guna duit mak ayah selalu pun rasa bersalah juga, jadi mesti ramai antara korang yang ada impian untuk cuba cari duit sampingan untuk beli segala yang korang mahukan betul tak? Hari ini LUNARIA ada idea bisnes yang sesuai  untuk pelajar sekolah. Lepas ini bolehlah jadi usahawan muda yang berjaya kalau korang suka nak teruskan.

PRELOVED ITEM

Sumber gambar: seven pie

Korang ada banyak baju lama yang masih elok tapi tak pakai sudah? Apa kata daripada pakaian lama korang itu tersimpan dan terletak sendu sahaja di dalam almari pakaian, jom jual preloved? Jual murah-murah sahaja pun korang dapat untung juga. Lagi pun baju lama itu nak buat apa betul tak?

BUAT HOMEWORK

Sumber gambar: putih melati

Selain itu, korang juga boleh ambil upah untuk buat homework kawan yang sakit atau ada masalah lain yang memang suntuk sangat perlu submit homework kalau cikgu korang itu jenis garang dan tak nak dengar sebarang alasan. Kiranya, sudah siapkan dan hantar homework kawan. Korang minta lah upah yang setimpal mengikut subjek. Haha! Tapi jangan buat selalu ya! Nanti kawan korang tak pandai, korang pandai, dah satu hal pula kalau kantoi! Hehe!

MAKANAN

Sumber gambar: Sirap Limau

Paling mudah untuk sesiapa sahaja yang nak mulakan bisnes. Korang boleh cuba jual makanan seperti cendawan goreng ke, choco jar, cupcake ke, dan banyak lagi. Korang juga boleh cuba jual makanan yang ringan dan mudah untuk kawan-kawan sebab iyalah bila di sekolah ini, hobi kita sebagai pelajar memang kalau boleh nak makan sahaja, betul tak? Sebab makanan di kantin kadang-kadang membosankan.

KELAS TAMBAHAN

Sumber gambar: Myhealth

Selain dari itu, untuk korang yang pandai dan tiada masa untuk belajar bersama kawan-kawan tetapi kawan-kawan nak korang juga ajar siap sanggup minta korang buat kelas tambahan lain. Korang boleh lah charge upah dari kawan-kawan korang itu. Contohnya, kalau mereka ada 4 orang. Korang charge satu jam RM 5 seorang pun sudah memadai. Biasanya, korang mesti akan belajar kurang 3 jam jadi rasanya tidak lah terlalu mahal kan? 

STOKIN

Sumber gambar: Carousell

Zaman sekarang kalau nak keluar hujung minggu mesti kita akan beri effort sepenuhnya untuk bergaya dari head to toe, betul tak? Jadi, korang boleh cuba jual stokin yang menarik dan comel untuk kawan-kawan korang gaya kan pada hujung minggu bersama sneakers mereka yang hype itu nanti. 

Jadi, selepas ini korang boleh lah mulakan bisnes korang perlahan-lahan. Guna modal sikit-sikit dahulu pun tak apa. Sebab lama-lama nanti bila dah ada pelanggan tetap, korang akan dapat banyak keuntungann tau! Asalkan, nanti jangan beli barang membazir sudah takut nanti nak tambah semula modal untuk jualan seterusnya habis pula. Hehe

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Apa Perlu Buat Kalau Kawan Suka Meniru Semasa Exam?

Influenza Cepat Merebak, Ini Langkah Berjaga-Jaga