in ,

Biskut Raya Viral Yang Patut Ada Di Rumah Raya Ini!

Sumber gambar: mawardiyunus.com

Raya tahun ini, mesti ramai di antara korang yang buat kuih dan biskut raya sendiri kan? Iya lah, sebab bila kita masih dalam musim kuarantin ini. Mesti ramai yang rajin nak belajar dan buat kuih raya sendiri, betul tak? Selain daripada kuih yang selalu kita buat sebelum ini seperti almond london, semperit, tart nenas, cornflakes madu dan lain-lain itu. Korang pernah tak makan biskut atau kuih raya yang semakin moden dan viral? Kalau tak tahu, jom kita tengok biskut apa yang patut korang cuba raya tahun ini.

BROWNIES COOKIES

Sumber gambar: RASA

Bentuknya nipis sahaja, tapi memang crunchy dan sedap untuk korang makan sambil tonton movie hari raya dengan keluarga. Biskut raya brownies cookies ini memang sesuai sangat untuk korang sebab tak semua orang suka makan brownies yang tebal tu. Jadi bila ada yang nipis ini lebih senang untuk mulut korang nak mengunyah kan?

LOTUS BISCOFF

Sumber gambar: find glocal

Macam lotus biscoff cookies ini pula, rasanya sama seperti biskut yang korang beli di super market itu tapi bila korang jadikan ia sebagai biskut hari raya dan korang makan semasa berbual dengan saudara dan rakan. Lotus biscoff ini memang boleh melt dalam mulut korang tau. Uish bestnya! Tak sabar pula nak beraya.Β 

CADBURY TART

Sumber gambar: mine bizs

Sebelum ini, kita selalu buat tart nenas, tart strawberi, dan banyak lagi tart berasaskan buah-buahan. Tapi sejak dua menjak ini, tart cadbury dan pelbagai jenis tart berasaskan coklat ini memang menjadi pilihan ramai orang. Sedap pun sedap! Macam Zoe pernah cuba tart nutella, korang cuba lah itu juga sebab cara buatnya sama sahaja dengan biskut tart raya yang lain.

SARANG SEMUT

Sumber gambar: asian inspirations

Rasanya ini tidak lah terlalu tradisional atau pun viral sebab baru tapi biskut sarang semut ini memang digemari oleh ramai orang. Bila korang makan, memang sekejap sahaja dia cair dalam mulut sebab biskut ini soft sahaja texture dan bentuknya, sampai nak letak dalam balang kuih raya pun tangan itu kena lembut je.Β 

SUGEE OREO

Sumber gambar: cny delivery

Biskut suji atau sugee oreo ini kalau tengok rupanya memang tak menarik langsung sebab bentuknya macam batu. Akan tetapi bak kata orang don’t judge a book by it’s cover, rasanya memang sedap tau! Waktu makan pun rasa crunchy sangat! Memang best tau!

Selepas ini, korang cuba lah buat biskut raya ini sendiri. Iya lah, kalau nak makan sewaktu beraya di rumah orang lain. Kita hanya boleh menziarah pada raya pertama sahaja. Belum tentu, kita dapat rasa semua biskut ini kan? Kalau buat sendiri, korang boleh makan banyak sampai puas, setuju tak?

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bahaya Kalau Selalu Cuci Makeup Guna Tisu Basah

Aksesori Extra Gaya Raya 2020