in ,

“Birthday” Make Up Bersama Jeon Somi

Sumber gambar: THEBLACKLABEL

Hai #Lunagirls, agak-agak korang kenal tak Jeon Somi? Ala yang pernah masuk producer 101 tu.. Well, kalau korang nak tau, sebenarnya Somi ni pun pernah masuk Survival Sixteen bersama ahli Twice, malangnya dia tak dapat debut sekali.. Kata Somi, dia mungkin terkeluar sebab skill menarinya masih belum hebat. Arg! Dia sangat humble kan girls.. But now!  Jeon Somi dah semakin baik dan hebat.. Plus, dia dah keluar lagu baru ‘Birthday’.. Agak-agak korang dah tengok ke belum? Make up look Jeon Somi pun cantik sangat girls.. Haa apa lagi, jom tiru look Jeon Somi dalam mv ni..

MATA COLOURFUL & LIPSTIK TERANG

Sumber gambar: THEBLACKLABEL.COM

Siapa yang dah tengok MV ni? Haa kalau perasaan eyeshadow dia colorful, ada warna brown, pink dan orange muda.. Sapukan eyeshadow warna pink dan orange dekat kelopak mata.. But take note, buat light-light je tau girls.. Warna brown ni pula letak dibawah alis mata. Nak cantik lagi, letakkan sikit shimmer warna gold dekat inner corner mata.. Eyebrow Somi pula, dia gunakan warna light brown which is sedikit terang dari warna rambut dia. Look ni tak lengkap tanpa lipstick warna fuchsia yang terang, so the whole makeup look ni nampak balance dan cantik!

RETRO EYELINER

Sumber gambar: THEBLACKLABEL

Instead of buat eyeliner gaya yang biasa, Somi gunakan gaya liner ala-ala retro. Sekali sekala apa salahnya kan cuba gaya yang macam ni? Cara nak buat pun mudah je girls, korang hanya perlukan eyeliner yang tahan lama untuk buat garis mengikut bentuk kelopak mata. Nak guna eyeliner hitam pun boleh, tapi nak nampak lebih fun, gunakan eyeliner warna-warni..

OMBRE

Sumber gambar: THEBLACKLABEL

Kombinasi warna ombre pink dan merah macam dah common sangat, why not kali ni korang try buat warna pink dan light orange.. Mungkin korang rasa warna ni sangat terang dan awkward, ala sekali sekala try la girl.. Kata orang tu be bold, hihi..

RED LIPS + EYELINER

Sumber gambar: THEBLACKLABEL

Bagi girls, yang suka makeup yang sederhana, look ni wajib korang cuba. Gaya  ni senang je, Somi hanya mengayakan lipstik merah pada bibir.. Warna ni merah akan menampakkan korang lebih classy dan elegen. Untuk eyeliner pulak buatkan garis nipis yang panjang sampai ke bahagian luar kelopak mata. Menggoda kan gaya ni? Nampak sexy gitu~

SOFT & SIMPLE LOOK

Sumber gambar: THEBLACKLABEL

#Lunagirls, yang tak berani untuk mencuba make look yang colorful, retro atau sexy, haa gaya yang terakhir ni mungkin sesuai untuk korang. Sebab look ni nampak fresh gitu.. Somi guna bronzer dan blush matte pada bahagian tulang pipi, kelopak mata pulak dia gunakan eyeshadow shimmer. Akhir sekali, pakai lipstick pink yang terang..

Musim raya dan open house masih berlangsung, mungkin korang boleh tryout makeup look inspired by Jeon Somi “Birthday”.. Dah cuba tu, share la gambar korang dengan LUNARIA..

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments