in ,

Birthday Boyfriend Atau Crush Tak Lama Lagi? Ini Hadiah Korang Boleh Bagi..

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=SNJKj-b1cnQ

Setiap kali nak bagi hadiah untuk perempuan mesti mudah dan senang kan sebab bagilah perempuan apa pun mesti kita akan simpan sampai bila-bila. Bila tiba masa untuk beri hadiah untuk lelaki mesti susah sikit sebab kalau bagi barang yang dia tak guna, sekejap saja dia dah tak ingat letak mana sebab bukan dia tak appreciate tapi sebab dia rasa benda itu tak guna dan terus lupa. Jadi kali ini Zoe ada cadangan untuk korang nak bagi lelaki hadiah macam mana lepas ini.

BAJU

Sumber gambar:

Korang bagilah lelaki ini apa sahaja jenis baju, confirm mereka akan pakai sebab tak semua lelaki rajin shopping dan baju yang dia pakai itu selalunya ulang-ulang je dalam beberapa bulan itu. Jadi bila korang bagi baju, lelaki akan hargai sangat-sangat dan pasti akan pakai baju itu dan hadiah korang memang function sangat untuk dorang.

KASUT

Sumber gambar:

Boys squad memang sukakan kasut. Kalau baju dan seluar dorang on saja nak pakai ulang-ulang tapi kalau kasut itu, dorang suka sangat tukar-tukar, katanya kasut itu penting. Haha! Lebih lagi, kalau korang bagi kasut yang memang dorang nak sebagai hadiah. Memang kawan lelaki korang akan suka sangat.Β 

JAM

Sumber gambar:

Lelaki ini senang saja, korang bagi benda yang mereka memang pakai saja pun dah cukup. Disebabkan lelaki ini suka pakai aksesori seperti jam, korang bagilah jam yang smart sebab lelaki antara yang ramai suka pakai jam. Walaupun kebanyakan dorang selalu datang lambat waktu dating atau hangout tapi jam itu memang dorang akan pakai sebab nak nampak segak dan kononnya menghargai masa. LOL!

GAME

Sumber gambar:

Why not korang belikan kenalan lelaki hadiah cd game atau sebarang benda berkaitan game yang dorang main. Hadiahkan fighter baru yang dorang suka ke dan lain-lain. Lelaki dan game memang tak dapat dipisahkan, ia juga adalah salah satu hadiah paling onz untuk korang bagi pada dorang.

Sebenarnya banyak lagi hadiah yang korang boleh bagi pada lelaki selain yang Zoe nyatakan seperti pakaian dalam, stokin, topi, belt dan banyak lagi. Ia juga tergantung berapa bajet korang untuk belikan hadiah. Jadi selepas ini tak perlu lah pening-pening sangat nak fikir nak bagi hadiah apa sebab kalau korang belanja lelaki makan pun mereka dah seronok sangat-sangat, hehe!Β 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Si Dia Kena Buat Ini Sebelum Declare Bercinta

LUNARIUH: Tutorial Rambut, Experiment Mentos+Cola, Try Rap