in ,

Bintang TikTok Mesir Berhadapan Hukuman Mati

Main TikTok pun boleh dikenakan tindakan hukuman mati? Biar betul? Takutnya…

Jangan risau, korang tak perlu takut untuk terus main TikTok lepas ini sebab ia bukan terjadi dekat Malaysia tetapi di Mesir. Tak semestinya apa yang kita buat dibenarkan di negara lain, itu maksudnya setiap negara mempunyai undang-undang mereka yang tersendiri.

Di Mesir, ramai pengguna muda TikTok telah menjadi ‘sasaran’ pihak berkuasa di sana yang mana mereka telah dituduh sebagai penyebar maksiat dalam masyarakat. Itu merupakan salah satu cara bagi mereka menjaga golongan anak muda. Beberapa bulan ini ramai bintang TikTok lebih-lebih lagi kaum wanita yang terkenal telah membangkitkan kemarahan pemerintah Mesir sehingga ada yang ditahan. Apa puncanya mereka kena tahan?

Semuanya disebabkan apabila seorang penuntut universiti bernama Haneen Hossam telah dituduh mempromosikan pelacuran serta ditahan beberapa bulan yang lalu selepas dia telah menyiarkan satu klip video pendek mengatakan bahawa kaum perempuan boleh menjana pendapatan melalui aplikasi TikTok. Bagi mereka perkara tersebut seperti memalukan kaum wanita.

At the same time seorang gadis lain bernama Mowada al-Adhan yang terkenal dengan content klip sindiran di laman Instagram dan TikTok juga telah ditahan pada Mei lepas. Tuduhan yang dikenakan diatas kedua-dua gadis itu berupa tuduhan mengancam nilai kekeluargaan masyarakat di Mesir melalui cara posting mereka di social media.

Hossam telah dibebaskan atas jaminan pada minggu lalu namun ditahan semula kerana terdapat bukti lain yang telah menyebabkan dia disabitkan kesalahan. Satu lagi kes mengejutkan di Mesir apabila seorang gadis berusia 17 tahun telah memuat naik satu video menunjukkan wajahnya yang lebam akibat dirogol oleh sekumpulan lelaki. Pihak berkuasa telah berjaya menahan enam orang lelaki yang dikatakan terlibat dalam kes tersebut sekaligus si mangsa juga telah ditangkap atas tuduhan mempromosikan pesta seks.

Sepatutnya media sosial digunakan untuk kebaikan seperti menyebarkan awareness untuk pengguna yang lain. Contoh di sini semakin ramai gadis tampil membuat pengakuan bahawa mereka pernah dirogol atau menjadi mangsa sexual harassment sehingga ada beberapa suspek telah berjaya ditahan oleh pihak polis. Berbeza pula dengan undang-undang di Mesir yang mana mereka tidak membenarkan content seperti itu menjadi perhatian ramai.

Dalam isu lain yang berkaitan dengan aplikasi TikTok pula, dua orang gadis dari Pakistan dan India telah membunuh diri di dalam salah satu perkongsian video TikTok mereka. Remaja di India itu ditemui mati apabila dia telah tembak kepalanya dengan pistol milik bapanya sendiri. Ketika kejadian dia sedang merakam video sambil memegang sepucuk pistol dan secara tidak sengaja dia telah menarik picu pistol tersebut.

Manakala beberapa hari kemudian seorang lagi bintang TikTok di Pakistan iaitu Siya Kakkar juga telah ditemui mati. Siya yang mempunyai seramai 1.1 juta pengikut itu telah membunuh diri. Sebelum mayatnya ditemui, Siya telah bertemu dengan pihak pengurusannya untuk membincangkan perkara berkaitan dengan projek terbaharunya itu. Pihak berkuasa masih lagi menyiasat punca kematian remaja berusia 16 tahun itu namun ramai mempercayai kes itu berkait rapat dengan tekanan mental yang dihidapi oleh Siya sendiri.

Apa yang kita boleh dapat daripada keempat-empat kes ini ialah supaya sentiasa berfikir panjang dan jangan sesekali melakukan sesuatu perkara demi meraih perhatian ramai. Kita boleh gunakan social media untuk spread awareness tetapi bergantung juga perkara apa yang kita mahu kongsikan itu.

For those yang dah ada ramai pengikut social media, pastikan korang share content yang bermanfaat supaya boleh menjadi contoh kepada orang lain. Gunakan teknologi dengan sebaik mungkin okay!

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Atasi Buli Siber Gaya Selebriti

Kelebihan Tidur Lewat, Aneh Tapi Mungkin Benar?