in ,

Bilik Tidur Penuh Dengan Oppa BTS! – Didi ARMY

Sumber gambar: lunaria.com.my

Korang suka tak hias bilik dengan poster dan barang-barang yang ada kena mengena dengan idola korang? Best-kan? Zoe pun suka hias bilik macam itu tapi tak banyak sangatlah sebab mak Zoe tak bagi.. Huhu! Tapi Zoe rasa seronok bila dapat hias, contohnya kalau macam poster itu kita tampal, kita rasa macam mereka perhati kita je, so that lebih bersemangat saja rasa nak belajar atau buat kerja. Hehe!

Sumber gambar:

Harini Zoe akan share dengan korang tentang seorang kenalan yang Zoe jumpa di Cupsleeve event. Nama dia Didi, orangnya comel, best sangat bila borak-borak dengan dia dan dia sangat cool okay! Apa yang syok pasal Didi, bilik dia penuh benda yang berkaitan dengan oppa kita paling glamour  iaitu BTS! Untungnya dia! Korang tengoklah gambar diatas, poster besar dan mini paloroid foto penuh!

Sumber gambar:

Sambil borak, Zoe dapat tahu yang Didi ini sebenarnya dah lama minat BTS.. sejak 2014 lagi. Wow! Lama juga, Didi memang ARMY sejati Didi! Awalnya Didi punya bias adalah Jimin dan paling latest adalah Namjoon dan Seokjin #namjin. Didi start collect merchandise BTS bila dah mula bekerja dan ada duit sendiri. Bagus betullah Didi, #Lunagirls boleh contohi Didi!. Selain itu, Didi lebih suka untuk kumpul merchandise yang berkolaborasi dengan sesuatu brand seperti VT products, BT21 dan lain-lain. Cuba korang tengok tiket yang Didi tampal dalam gambar diatas.. Banyak betul!

Sumber gambar:

FYI, sebelum ini apa yang Didi tahu tentang K-Pop hanya Super Junior saja tapi dia betul-betul minat K-Pop bila mula tengok BTS buat persembahan No More Dream dekat KBS. Selain itu, Didi bukan suka lagu BTS saja, lagu Mamamoo, iKon dan group K-Idol lain pun dia dengar juga. Hehe! Cuma dia tak berapa follow aktiviti idol itu sangatlah.

Sumber gambar:

Bagi Didi, BTS sangat memotivasikan dirinya sebab pertama Suga atau Yoongi went through depression dan tekanan yang teruk boleh bangkit, Jimin yang terlalu insecure dengan dirinya boleh yakin seperti sekarang dan ahli BTS lain yang dulu banyak dicemuh sekarang boleh berjaya. Selain itu, Didi juga kata yang dia akan sokong BTS sampailah BTS ini dah berkahwin dan ada anak cucu sebab bagi Didi, BTS ini dia anggap seperti brothers dan uncles dia. Haha! 

Sumber gambar:

Walau bagaimanapun, Didi dia tak berapa kisah jika ada peminat yang terlalu fanatik dan obsesi kalau peminat itu buat sesuatu in a good way untuk diri mereka tapi Didi sangatlah tidak menyokong kalau peminat itu sampai melampaui batas seperti sasaeng yang terlalu menganggu hidup idol. Didi pun pesan dekat ARMY luar sana, nak minat boleh but know your limits okay and please behave yourself as a fans okay!

Sumber gambar:

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ubah Posisi Tidur Kalau Tak Nak Muka Berjerawat

Cara Study Sejarah Paling Mudah!