in ,

Bila Tudung Sekolah Tak On Point Boleh Gaduh Sis!

Sumber gambar: Twitter.com

OMG moody nya kalau nak pergi sekolah tapi tudung tak terbentuk pula! Tak on point langsung.. Arghhh!

Haip… Girls, jangan marah-marah kalau nak pergi sekolah tapi tudung tak bagi kerjasama! LUNARIA faham sangat perasaan korang.. sebab before this Ainaa pun pernah alami benda yang sama juga! Huhu! Mesti korang nak tahu apa jawapan untuk masalah ‘negara’ ni kan.. Let’s do this girls…

LILIN

via GIPHY

Tudung korang jenis ‘liar’ tak nak duduk diam? Apa lagi girls, pakai lilin la nak ‘jinakkan’.. Hehe! Caranya #Lunagirls hanya terbalikkan tudung dan ratakan lilin dekat area muncung tudung sekolah.. Tak perlu guna lilin mahal, cukup lilin yang selalu mak kita guna kalau rumah tak ada elektrik tu pun boleh!

STARCH

Sumber gambar: Blog iman abdul rahim

#Lunagirls tak tahu mana nak cari? Pergi mana-mana supermarket, cari dekat area pewangi baju dan korang akan jumpa macam-macam jenis starch! Make sure pilih yang basic punya sebab takut kalau extreme, nanti tudung korang keras kejung pula. Sama juga macam cara lilin tadi, spray starch dekat area muncung tudung. Hati-hati tau.. sebab kita tak nak nampak bekas spray dekat situ.

STARCH HIJAB

Sumber gambar: Carousell

Selalunya starch spray macam ni orang guna untuk bentukkan muncung tudung bawal.. Tapi kita boleh je guna untuk tudung sekolah dan yang ni lebih murah okay girls! Korang boleh beli spray starch ni dekat kedai tudung. Ada starch spray yang akan tinggalkan kesan, so make sure masa spray nanti jangan terlalu dekat dengan tudung okay?

PIN KETAT DAN BENTUKKAN BULAT

via GIPHY

Ada certain girls tak suka pakai pin dekat tudung sekolah dan lebih prefer untuk jahit sampai ngam-ngam bentuk muka.. Ikut keselesaan korang sebab sometimes bila tudung sekolah tu dah ketat, lagi senang kita nak bentukkan. Lagi senang bentukkan je tudung tu jadi bulat, tak payah pening fikir moody pagi-pagi sebab tudung tak menjadi. Haha!

Girls, sebelum ni ada yang guna kertas A4 atau kertas lut sinar dan potong panjang then masukkan dekat dalam muncung tudung tu tau! Terus on point.. Haha! BTW kalau korang dah cuba tips LUNARIA ni.. jangan lupa share tau!

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Cute Macam K-Idol Please!

Bye Double Chin! Hai Dagu Runcing!