in , ,

Bila Study Course Ni, Senang Nak Kerja Nanti..

Sumber Gambar: https://www.sciencemag.org

“Mahalnya yuran nak masuk universiti sekarang ni…. Hmmm….”

Ya girls, memang tak dapat dinafikan, kos pendidikan bukanlah murah. Korang kena tanggung atau buat peminjaman dari badan kebajikan sekurang-kurangnya RM 30,000 hingga ke ratusan ribu ringgit tau! So girls sebelum buat pilihan untuk sambung belajar, korang pun kena study dulu course mana yang paling perlukan pekerja, nanti senanglah lepas habis belajar nanti untuk cari kerja.. Ha! Ummi ada senarai jurusan yang paling senang untuk dapat kerja..

PERUBATAN

via GIPHY

Jurusan yang mempunyai kos paling mahal, iaitu sekurang-kurangnya RM 100,000, dengan tempoh belajar selama 4 tahun. But it is worth it, girls! Sebab korang akan dapat peluang pekerjaan once korang tamat belajar. Tak dapat jadi doctor pun tak apa girls, dapat jadi nurse pun dah okay tau. Mulia hati korang, nak membantu orang sakit. Ummi dulu ada cita-cita nak jadi nurse tapi takut darah hihi..

SENI BINA

Sumber Gambar; http://hrvatsko-trziste-rada.com.hr

Bagusnya course ni sebab ia gabungkan bidang ilmu sains dan kemanusiaan. Macam mana boleh  senang dapat kerja? Malaysia kan sedang pesat membangun sekarang, jadi idea korang diperlukan untuk pembangunan yang lebih moden. Mana tahu satu hari lukisan bangunan korang, boleh meletop, sampai boleh menaikkan nama Malaysia #Girlpower

PENDIDIKAN

via GIPHY

Ada tak #Lunagirls yang suka mengajar ataupun teringin jadi cikgu? Apa lagi grab lah peluang ni untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya. Mungkin kalau bukan cikgu sekolah rendah atau menengah, boleh jadi cikgu tadika atau paling tinggi boleh jadi lecturer #wuuu.

PERNIAGAAN

via GIPHY

Jurusan ni paling famous tau dekat mana-mana college dan universiti. Sebab jurusan ni menyediakan kemahiran pentadbiran, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurance dan macam-macam lagi lah. Ummi suggest korang ambil jurusan “Human Resources”, bukan setakat mudah diambil bekerja tapi gaji pun tinggi tau.

Jadi #Lunagirls, ni adalah empat jurusan yang memberi banyak peluang pekerjaan kepada kita. Tapi apa-apa pun semua ni terletak di tangan korang. Macam Ummi, dekat college dulu ambil communications, walaupun time tu media memang ada ups and down tapi Alhamdulilah Ummi dapat kerja bila dah habis belajar.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tengok Movie, Makan Sushi?

Boleh Overdose Dengan Air??