in , ,

Bila Seronok Beraya, Kucing Pula Jadi Mangsa 😭

Sumber gambar: www.vetbabble.com/cats
Sumber gambar: LUNARIA

Beraya tu beraya la juga, tapi kalau sampai merosakkan barang dekat rumah orang no no girls! Rosakkan barang orang tu satu hal, tapi kalau dah sampai menyebabkan kucing tuan rumah tu mati macam mana? Ya, benda ni memang terjadi sebab ada this one girl ni dia share experience kucing dia mati waktu hari raya haritu.. Sedihnya!

Before kucing comel yang diberi nama King tu mati, dia dikatakan trauma sebab kena hentakan kuat di kepala. Ya Allah! Sampainya hati pergi campak kucing tu dah kenapa.. Menurut owner King iaitu Nurush, dia bagitahu yang on that day ada orang datang beraya ke rumah pakciknya yang tolong jaga King pada waktu tersebut!

After two days dirawat dekat klinik haiwan, akhirnya King mati sebab badan dia tak dapat nak bertahan lagi.. Kalau korang baca dekat tweet tu, ramai orang share experience yang lebih kurang sama which is kucing mati sebab kena ‘buli’ dengan budak-budak yang datang beraya. Last year pun banyak kes macam ni terjadi dekat ramai orang.

Kes yang ni lagi sedih tau! Anak kucing tu duduk diam je dekat dalam sangkar tapi mati akibat kena rendam dalam baldi air. Kalau anak kucing tu terlepas dekat luar, logik la juga tapi dekat dalam sangkar pun jadi mangsa.. Kesiannya! Dah la rendam dalam baldi air, lepas tu tutup pula bekas tu.. oh no! Hmm, mesti tuan rumah sedih..

Itu baru kes kucing, tak masuk part pet lain lagi yang turut jadi mangsa pada hari raya. Apa pula nasib tuan rumah kalau orang datang beraya tapi barang rumah rosak dan haiwan peliharaan mati? Agak-agak benda ni terjadi atas salah siapa?

由 Aman Mokhtar 发布于 2018å¹´6月30日周六

Kalau perkara macam ni jadi dekat diri Ainaa, mesti Ainaa akan menangis tak berlagu! Nak marah tapi tak tahu nak marahkan siapa.. Pokok pangkalnya semua bergantung pada diri kita sebagai tetamu! Bila beraya di rumah orang, kita haruslah jaga adab kita sebagai tetamu.. Jangan usik barang-barang tuan rumah okay girls.. Nanti tak pasal-pasal kena bayar ganti rugi! Ops! Selamat hari raya #Lunagirls!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Anak Selebriti Pun Nak Jadi Influencer!

Sedihnya Oppa Bakal Pergi Latihan Tentera 2020!