in ,

Bila Senior Busy SPM, Ini Aktiviti Boleh Buat Di Sekolah!

Sumber gambar: instagram.com/zmahzaherman

Mesti masih ada lagi antara korang semua yang pergi ke sekolah walaupun ada beberapa sekolah yang cikgu dia okay saja kalau tak pergi sekolah sebab senior tengah SPM betul tak? Korang buat apa di sekolah? Biasanya kalau dah hujung tahun, kerja sekolah sudah tiada, kerja kursus pun rasanya dah settle, dan ada saja cikgu yang suruh korang wajib datang sekolah walaupun mereka tak masuk kelas, betul tak? Uish! Ada yang dah mula bosan dan tak tahu nak buat apa? Okay, kali ini LUNARIA akan kongsi dengan korang aktiviti apa yang boleh buat di sekolah pada hujung tahun ini untuk yang masih wajib hadir ke sekolah.

PERMAINAN KAD

Sumber gambar: BluesRider

Permainan kad adalah antara permainan yang paling best boleh awak cuba. Antaranya, mainlah UNO, One Little Family, Donkey, Snake, Monopoly dan lain-lain dengan kawan kelas. Tak adalah asyik bosan dan asyik menguap fikir nak tidur saja. Korang main saja sebarang permainan kad yang boleh korang ajak satu kelas main. Memang seronok!

GAME TRADISIONAL

Sumber gambar: Flickr

Antara permainan tradisional korang boleh bawa untuk dijadikan sebagai aktiviti hujung tahun dalam kelas adalah congkak, batu seremban, guli, gasing, penutup botol dan banyak lagi! Kalau zaman abang dan kakak korang sebelum ini, permainan ini mereka selalu main setiap hujung tahun persekolahan dan sekarang ini jarang-jarang kita tengok, betul tak? Jadi, bolehlah korang cuba untuk main apa saja permainan tradisional sambil korang tahu apa saja permainan tradisional negara kita.

TENGOK MOVIE

Sumber gambar: TheLaki

Bukan tengok movie di luar sekolah tapi korang boleh saja bawa pendrive dan movie marathon satu kelas. Korang bawa saja pendrive dengan movie korang masing-masing satu kelas dan nanti bergilir-gilir untuk tengok movie apa yang yang ada antara satu sama lain. Bawa juga snek yang korang boleh kongsi bersama-sama, barulah syok!

JAMUAN AKHIR TAHUN

Sumber gambar: SMKDSAPERLIS

Boleh juga buat jamuan akhir tahun di sekolah. Siapa tak suka aktiviti makan-makan betul tak? Kalau tak buat secara besar-besaran, korang buat saja potluck beramai-ramai. Barulah meriah! Ambil turn setiap kelas ikut batch masing-masing setiap hari pun memang syok. Hari-hari korang boleh berkenalan dengan kawan satu batch yang lain kelas dengan korang.

LAWATAN

Sumber gambar: Engineering UTM

Ajaklah cikgu korang untuk pergi lawatan berjalan-jalan. Korang boleh pergi tempat seperti air terjun, camping, District 21, rock climbing, Pusat Sains, hiking, Petrosains, Taman Burung, Muzium dan banyak lagi untuk menambah pengetahuan tentang ilmu lain juga. Tak adalah korang dan cikgu korang sama-sama bosan tak tahu nak buat apa di sekolah nanti, betul tak?Β 

Jadi, selepas ini korang sudah tahu nak buat aktiviti hujung tahun macam mana yang boleh korang cuba di sekolah. Kalau ada sekolah yang masih ambil dan wajibkan kehadiran, jangan ponteng pula ya! Datang saja dan korang boleh cadangkan aktiviti ini pada cikgu korang sementara menunggu tarikh cuti sekolah rasmi tiba. Untuk korang yang sekolahnya beri kelonggaran untuk tidak hadir itu pun, selamat bercuti awal! Seronoklah korang ya dapat cuti awal!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebab Soalan SPM, Instagram Awek Paragliding Kena ‘Serang’

Influencer Kena Tahan Polis Sebab Kes Samun!