in ,

Bila Perfume Tak Tahan Lama, Apa Kena Buat?

Sumber Gambar: https://deenamik.com

Girls dengan perfume memang tak dapat dipisahkan betul tak? Ye lah! Kita sebagai girls kena la jaga kebersihan, lagi-lagi bau badan. Jangan sampai berbau, no no okay girls. Tapi kadang-kadang perfume ni pun tak bertahan lama, so kena la bawa pergi mana-mana. Erm! Beratnya beg! Haa apa kata cuba guna cara Ummi ni, mesti perfume korang akan kekal wangi sepanjang hari, tak perlu dah bawak ke sana sini..

PAKAI LOTION

Sumber Gambar: https://www.perfumeberry.com.my

Korang tahu tak, pelembap dan minyak dari lotion ni akan memerangkap bau minyak wangi dan menjadikan ia bertahan lebih lama. Jadi sebelum pakai perfume, Ummi suggest, korang sapu sedikit lotion di tempat tertentu seperti tangan dan leher. Kemudian spray perfume tu sebanyak mungkin, tapi jangan habiskan satu botol sudah la, hihi.

MASA MANDI

via GIPHY

Kalau boleh lepas mandi cepat-cepat la pakai perfume ya, sebab macam Ummi mention tadi, bila kulit lembap, ia senang untuk memerangkap bau wangi. Sometimes, ada orang yang suka pakai perfume di saat akhir, which is bila dah nak keluar rumah. Patut la tak tahan lama bau perfume tu.

JANGAN GOSOK LEPAS SPRAY

Sumber Gambar: https://www.liputan6.com/

Ramai yang buat macam ni, lepas je spray dekat pergelangan tangan terus calit-calit dekat leher dan baju, siap gosok-gosok lagi, macam tengah buang daki badan. Kalau #Lunagirls nak tau cara ni sebenarnya lagi mempercepatkan bau wangi korang tu berlalu pergi. Jadi lepas ni, after spray biar je bau tu serap sendiri dekat badan kita, tak perlu pun nak calit-calit.

SIMPAN DITEMPAT YANG BETUL

Sumber Gambar: https://www.flickr.com

Biasanya korang simpan perfume dekat mana? Bilik air? Dalam beg sekolah? Girls, kalau boleh letakkan perfume korang tu ditempat yang sejuk, redup dan kering. Sebab ia akan membuatkan perfume tu bertahan lebih lama. Jangan pulak letak kat tempat yang lembap dan yang senang kena matahari, ia akan memecahkan partikel minyak wangi tu dan ia tak lagi berbau wangi.

Ha! Sekarang dah tahukan cara penjagaan dan tips untuk kekal wangi? So lepas ni jangan ulangi kesilapan ni tau. Kita sebagai girls kena la wangi-wangi, especially dalam bulan puasa. Ye la, mulut kita mungkin akan berbau sedikit, tapi tak kan la badan pun nak berbau jugak kan?.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Benda Lain Pun Kena ‘Puasa’ Juga Ke?

Phone Yang Mana Paling Onz Zaman Sekarang Ni?