in ,

Bila Minat Dekat Artis, Benda Ni Yang Kita Akan Buat…

Sumber gambar: instagram.com/nr.ainaaaamzalan

OMG! Hot betul Kamal Adli ni. Cantiknya Mira Filzah tu! Bestnya jadi macam diorang semua. Mesti best kalau dapat berlakon dengan ramai pelakon macam diorang tu.

Ehh, teringin nak jadi selebriti ke tu guys? Atau korang memang tengah obses minat dengan selebriti kesayangan korang tu? Alaa, tak apa la sebab minat dekat artis ini memang benda normal pun. Even kami pun ada pelakon dan penyanyi yang kami minat dan teringin nak jumpa! Tapi korang perasan tak kalau kita dah suka seorang selebriti tu, mesti ada saja benda yang kita akan buat. Maksud suka ini bukan la suka nak kahwin atau bercinta, tapi suka sebagai peminat sahaja. Ke ada antara korang yang memang minat artis tu sampai rasa nak kahwin dengan mereka? Tak apa la, tak salah pun kalau berangan, huhu! Jom kita tengok apa agaknya perkara ‘normal’ yang kita akan buat bila minat dekat seseorang artis itu…

STALK DIA SETIAP MASA

via GIPHY

Amboi, dah serupa macam stalker la pula korang ni ya sampai nak stalk setiap masa. Tapi itu benda biasa geng, dah nama pun artis. Mesti la peminat nak tahu banyak tentang diri dia. Antara perkara yang korang akan stalk ialah nama penuh, umur, negeri asal, penglibatan dalam dunia seni dan paling penting sekali… Sudah berpunya atau belum! Bagi kami, perkara utama waktu stalk ini ialah mencari kebenaran tentang diri artis itu sendiri. Sekarang kan dunia dah moden, so information di hujung jari sahaja. Taip je dekat Google, confirm semua benda akan keluar. Mula la ada yang on notification setiap posting artis yang dia minat tu. Paling excited bila artis itu buat Live dekat Instagram, dia la orang pertama yang akan bagi reaction, haha!

EXCITED BILA ORANG CAKAP TENTANG ARTIS

Image result for angry fangirl
Sumber gambar: Twitter

Biasa lah kalau perempuan, mesti ada topik yang dia akan borakkan. Termasuklah berborak tentang artis kesukaan. Baik mengaku je benda ni sebab kita memang akan borak tentang perkara ini kan? Alaa, tapi rasanya bukan setakat perempuan je yang akan berborak pasal ni, lelaki pun sama kan. Dapat pula kalau dengar ada orang bercakap tentang artis yang dia minat, lagi la bertambah excited tu! Mula la banyak benda dia nak bercerita tentang artis kesayangan dia tu. Lagi seronok kalau dapat geng yang minat artis sama dengan kita, baru la boleh jadi fangirl! Bestnya kalau ada kawan macam ni kan?

MARAH KALAU ADA YANG KECAM

via GIPHY

Perghhh, berapi je telinga aku dengar bila si Aminah tu kutuk Jungkook! Apa salah BTS sampai dia nak kutuk macam tu tak tahu la!

Perghhh, mengamuk sis dengar artis kesayangan dia kena kecam. Siap sampai rasa sedih sekali bila ada gosip jahat melibatkan nama artis kesayangan dia tu. Bila ada pelung untuk backup, confirm korang akan backup habis-habisan walaupun artis yang korang suka tu tak tahu pun yang korang tengah backup dia. Kalau dah nama pun artis mesti akan terima kecaman atas benda tak elok yang mereka buat. Tapi tak semestinya kalau artis kesayangan korang tu ada gosip atau kena kecam, dia ada buat salah. Kadang-kadang tak buat salah pun masih ada gosip. Iya la, mereka kan manusia biasa. So benda ini memang biasa kalau melibatkan selebriti. Korang as fans jangan bitter terlebih okay kalau artis kesayangan tu kena kecam atau digosipkan.

BERANGAN SELFIE SAMA-SAMA

Sumber gambar: Instagram.com/ainaa_lunaria

Siapa je yang taknak jumpa dengan artis kesayangan dia? Korang pun mesti teringin sangat jumpa dan kalau boleh nak ambil gambar banyak-banyak! Ehemm, Ainaa pun macam tu juga kalau jumpa mana-mana artis yang Ainaa minat, hehe! Itu perkara normal sebagai peminat tau. Kalau tak ambil gambar tu, boleh menyesal sebulan tahu tak. Lagi seronok kalau artis yang korang minat tu siap ingat nama dan cam muka korang bila berjumpa untuk kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya! Korang mesti rasa happy sangat sampai taknak basuh tangan kalau bersalam dengan mereka kan? Haha!

It’s okay, tak salah pun kalau minat dekat artis ni. Tak kisah la artis dalam atau luar negara. Cuma yang paling penting ialah jangan sampai korang obses terlampau ya. Risau nanti kena kecam je dengan kawan rapat kalau korang obses sangat.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Berapa Modal Yang Diperlukan Peminat K-Pop: Beli Album, Tiket Konsert dan Lain-lain?

Tengah Tunggu Keputusan SPM? Jom Cuba Buat Aktiviti Ini!