in ,

Bila Masa Sepatutnya Siapkan Kerja Sekolah?

Sumber gambar: Pinterest

PKP dah dilanjutkan, rasanya kerja sekolah pun boleh buat nanti kot? Lagi pun lambat lagi buka sekolah, biar je la nanti baru buat.

Eh, kerja sekolah tak siap lagi? Korang biar betul ni? Dah dekat sebulan rasanya cuti sekolah, takkan kerja sekolah tak sentuh lagi? Hmm, jangan macam-macam ya guys, haha! Cuti tu cuti juga tapi kerja sekolah tetap kena jalan. Rasanya sekarang ni pun dah banyak sekolah yang dah mulakan kerja sekolah secara online kan?

Silap haribulan kerja sekolah korang tu jadi bertimbun pula bila dah banyak macam tu. Jangan nanti dah nak buka sekolah baru kelam kabut nak siapkan, that time nak siapkan malam Ahad tu pun tak sempat dah. Maklumla, kerja dah jadi banyak memang tak sempat nak siapkan dalam masa satu malam la. Seeloknya biar la siapkan awal, contohnya korang boleh siapkan ketika…

AWAL PAGI

Welcome to Studyblr: a beautiful, stressful wonderland - The Verge
Sumber gambar: Theverge

Memandangkan korang cakap tak tahu nak buat apa dekat rumah sepanjang PKP ni, why not siapkan kerja sekolah pada waktu pagi? After solat Subuh tu korang terus buat kerja sebab waktu tu kan tenang je tak ada siapa yang akan ganggu. Lagi pun mesti korang akan buat dengan kadar segera sebab nak sambung tidur kan? Tapi jangan disebabkan nak sambung tidur, korang hilang fokus pula nak siapkan kerja tu. Nanti jadi cincai pula kerja sekolah korang tu. Buat kerja sekolah biar ikhlas ya, lagi pun tu bukan untuk orang lain. Untuk diri korang sendiri juga kan?

WAKTU SEMUA ORANG TIDUR

via GIPHY

Disebabkan siang hari korang sibuk tolong mak kemas rumah, tolong ayah cat dapur dan banyak lagi la. Tak termasuk kena jaga adik kecil yang suka ke sana ke mari tu. So bila korang nak siapkan kerja sekolah kan? Bila lagi kalau bukan waktu semua orang dah tidur. Waktu tu korang pulun la siapkan kerja yang ada, at least tak ada orang yang akan kacau. Kalau taknak rasa bosan, ajak kawan baik korang join sekali. Tapi buat kerja dekat rumah masing-masing la. Sekarang kan teknologi dah moden, sambil buat kerja tu video call la. Tapi bukan untuk bersembang atau gosip, video call untuk sama-sama siapkan kerja dan tanya kalau ada yang tak faham. Baru enjoy nak buat kerja sekolah.

SEMINGGU ATAU DUA SEBELUM BUKA SEKOLAH

via GIPHY

Kata orang selagi tak mula sekolah selagi tu taknak buat kerja. Tapi jangan sampai tak siap la. Masa seminggu atau dua minggu sebelum sekolah dibuka ialah waktu yang sesuai untuk korang buat. At least ada banyak la masa yang boleh korang gunakan untuk siapkan semua kerja. Takkan dua minggu pun tak cukup lagi? Lebih daripada cukup kan? Lagi pun kerja sekolah korang mesti ada banyak. Kalau dua minggu tu rasanya dah boleh mula buat sekarang kan? Cepat sikit siapkan kerja tu, nanti boleh la buat benda lain kalau kerja sekolah dah siap.

LAST MINUTE JE LA

via GIPHY

Banyak masa dah kita ada, mula-mula cuti sekolah dua minggu, then tambah lagi PKP sampai sebulan dan boleh jadi lepas ni akan bertambah lagi. Tapi korang masih belum sentuh kerja sekolah yang ada. Bagi la masa dua bulan sekali pun, kalau korang tak buat tetap takkan jadi apa. Lagi baiknya kalau korang buat waktu malam sebelum sekolah buka. Biar la buat last minute kalau itu yang lagi korang suka kan? Kalau masih tak dapat nak siapkan pada malam tu, pandai-pandai la korang jawab dengan cikgu sebab salah sendiri kan?

Daripada kena marah dengan cikgu sebab tak siap kerja sekolah, baik korang mulakan buat kerja tu semua. Tak salah pun kalau dapat siapkan awal, asalkan nanti tak rasa kelam kabut nak siapkan. Buat sekarang okay kerja sekolah tu!

What do you think?

23 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Gurauan Paling Tak Onz Yang Korang Tak Patut Cuba Langsung

Hoony WINNER Bakal Jalani Khidmat Tentera 16 April Ini