in , ,

Bila Makan, Tak Boleh Tak Ada Telur

Sumber gambar: https://qz.com/756797/gudetama-the-lazy-egg-is-the-hello-kitty-of-japans-millennial-generation/

“Sedapnya kalau dapat makan telur goreng, telur sambal, telur kicap… Eh! Semua telur sedap lah hihi”.

Hm! Tapi makan telur pun kena berpada ya girls, takut tinggi kolesterol pula. Namun, disebalik itu ada beberapa fakta unik tentang telur yang korang kena tahu.

PUTIH TELUR LEBIH BERKHASIAT

via GIPHY

Kolesterol terkumpul dalam badan boleh disebabkan oleh makan telur kuning terlalu banyak. Jadi elakkan okay girls? Kalau boleh, lebihkan telur putih, sebab ia hanya mengandungi sejumlah 17 kalori dan tidak mempunyai lemak. Tapi kalau nak dapatkan sarapan yang seimbang boleh tambah sikit telur kuning tu, tapi jangan banyak tau.

TINGGI PROTEIN

Sumber Gambar: https://hellosehat.com

Dengan memakan telur, ia dapat membantu meningkatkan protein dalam badan. Bukan tu je, telur juga dapat meningkatkan antioksidan, vitamin A, D dan beberapa lagi protein yang berguna untuk memelihara kesihatan. Selain itu, teksturnya yang lembut dan mudah hancur membuatkan ia lebih senang untuk di proses badan kita. Haa, lancar je nak keluar nanti.

MENGAWAL BERAT BADAN

Sumber Gambar: https://www.maskulin.com.my

Biasanya kalau tengok menu diet mesti akan ada telur di dalamnya. Kenapa? Sebab satu telur mengandungi lebih kurang 70 kalori dan 6 gram protein, which is sangat bagus untuk memenuhi protein di dalam badan kita. Dan yang penting, kita akan rasa kenyang lebih lama. Jadi tak la asyik terasa lapar je. Girls yang plan nak diet, boleh la try makan telur!

SANGAT BAIK UNTUK OTOT

via GIPHY

Bagi girls yang memang aktif bersukan, sama ada sukan lasak atau berjogging, makan telur ni sangat bagus untuk korang. Sebab ia memperbaiki setiap otot yang telah berkerja keras masa korang lakukan aktiviti- aktiviti ni.

Nak lagi best, apa kata korang makan telur dengan kekacang, sayur atau buah-buahan. Sebab ia akan menambahkan lagi protein dan nutrisi di dalam badan. Tunggu apa lagi, jom makan telur sekarang!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

IC Hilang, Pergi Report Polis?

Infinity Stone Yang Menggegar Dunia 🌎