in ,

Bila Liat Bangun Sahur, “Hantu” Datang!

Sumber gambar: https://www.marthastewart.com/1507192/hanging-paper-ghosts

Hai #Lunagirls, sempana bulan Ramadan yang bakal tiba, team LUNARIA mengucapkan selamat berpuasa pada korang! Bila cakap pasal puasa ni, antara yang paling susah nak buat mesti la bangun sahur. Ye la, korang mesti susah nak bangun pagi, sampai ada yang sanggup skip bersahur.

Antara tips yang korang biasa dengar untuk rajin bersahur ialah tidur awal, kunci jam, niat nak bangun. Tapi  sebenarnya cara tu tak menjamin korang untuk bangun. Especially untuk girls yang memang susah bangun tidur. Nak tau cara yang rare dan lain dari yang lain, cuba ni..

PASANG YASIN

via GIPHY

Kalau guna alarm biasa, korang mesti akan snooze alarm tu beberapa kali kan, end up memang tak  akan bangun. Tapi kalau tukar ringtone alarm kepada surah Yasin, mesti akan menggelupur bangun. Tak sempat nak snooze, mata dah terbeliak dulu, sebab ingat “Eh aku ni dah mati ke?” #Melawak

MENYANYI GUNA MICROPHONE KARAOKE

via GIPHY

Suara kawan menyanyi ni memang super annoying, lagi-lagi bila time diorang acah-acah tiru penyanyi tu. Ish Ish, boleh terbalik dunia tau kalau dengar! Untuk yang stay asrama dengan kawan, apa kata korang mintak diorang nyanyi guna microphone dekat korang. Selagi tak bangun, selagi tu la diorang takkan stop. Korang mesti tak sanggup nak tidur balik sebab tak sanggup dengar suara diorang lama-lama.

LETAK MAKANAN DEKAT DENGAN MUKA

Sumber gambar https://www.labana.id/view/studi-mencium-aroma-makanan-yang-dimakan-membuat-kita-tambah-gemuk/2017/07/06/

Bila bab makan ni, semua orang tak boleh tolak. Why not korang letak makanan sahur tu dekat dengan katil. Bila rasa malas nak bangun makan, time tu la korang akan bau makanan yang kuat, sampai tak boleh nak ignore bau tu sebab dah start lapar. Tapi jangan sampai makan sambil tidur pulak ya?

GANTUNG TELEKUNG /MASK SERAM

Sumber gambar https://www.facebook.com/aqiefahkiraf/timeline?lst=100001234403725%3A729271684%3A1556932104

Yes, cara ni nampak macam kejam, tapi ia berhasil sebab korang akan terkejut ingatkan ‘benda terbang-terbang’ tu. Nak lagi best kalau korang gantung keliling katil, mesti rasa macam dah kena kepong dengan ‘diorang’. Time tu segala doa dan zikir akan keluar, ye la kalau dah bergantung macam tu, terkena kipas lagi, mesti korang akan overthinking kan. Haa, dah tak boleh nak sambung tidur balik.

LUNARIA harap korang mampu untuk bangun sahur esok. Jangan liat tau, bersahur ni kan Sunnah, boleh dapat free pahala dengan bangun sahur je. Lagipun kalau bersahur korang ada tenaga sikit untuk tempoh waktu berpuasa siang nanti, tak la lemau je. Selamat berpuasa #Lunagirls!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Baju Pun Boleh Ada Tahi Lalat? Macam Pelik Je…

Kenapa SPF Penting Bila Beli Sunscreen/Sunblock?