in ,

Bila Dengar Lagu Kuat Sangat, Telinga Boleh Pekak

Siapa dekat sini suka sangat dengar lagu kuat-kuat? Korang dengar guna earphone? Earpods? Headset? Ke speaker? Hmm, tak kisahlah korang dengar guna apa pun.. Tapi korang tahu tak sebenarnya dengar lagu kuat-kuat itu bahaya untuk diri kita? Memang betul dengan lagu kuat-kuat dia naikkan lagi mood dan positive vibes untuk diri tapi ini yang korang perlu tahu. 

ADA KAJIAN

via GIPHY

Kalau #Lunagirls nak tahu memang ada kajian yang dilakukan oleh penyelidik Eropah iaitu Scientific Committee on Emerging and Newly Identified Health Risks terhadap tikus dan mendapati secara perlahan tikus boleh jadi pekak kerana kekuatan gelombang yang dihasilkan dari bunyi yang didengari. Ha, nampak tak bahayanya disitu? Bukan setakat itu sahaja ya kawan-kawan! Ramai juga yang didapati ada risiko kehilangan pendengaran sewaktu mereka umur pertengahan 20-an.

TERLALU LAMA

via GIPHY

FYI, terdapat gelombang elekromagnet yang beri kesan elektrik kepada otak. Bila dengar terlalu lama dengar lagu menggunakan earphone dan lain-lain ia akan beri pengaruh kepada pendengaran, lebih lagi bila korang dengar dengan volume yang tinggi. Memang sangat bahaya untuk kesihatan korang.

KEUPAYAAN TELINGA

via GIPHY

Apa yang penting, #Lunagirls perlu tahu yang telinga kita ini cuma mampu menerima 20 Hz sehingga 20,000 Hz (20 kHz) saja tau! Jadi kalau lebih daripada itu memang mudarat untuk telinga korang. Kalau boleh korang tetapkan volume MP3 korang itu tidak lebih dari setengah dan make sure sehari tidak lebih dari 90 minit korang gunakan earphone. Selain dari itu, korang juga perlu tahu yang telinga kita ini memerlukan 16 jam waktu rehat untuk perbaiki segala kerosakkan daripada semua bunyi yang korang dengar seharian.

Ha! Lepas ini korang kena make sure jaga telinga korang dengan hadkan penggunaan earphone terutamanya. Jadi kalau korang sayang telinga korang dan tak nak pekak awal muda, minimumkan penggunaan earphone ya! Jangan lupa juga, jaga kesihatan fizikal badan yang lain okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Shawl VS Bawal. Girls Suka Pakai Mana Satu?

Tanam Pokok Ini Dalam Rumah Untuk Lawan Jerebu!