in ,

Bila Dah Pakai Lipstick Tiba-Tiba Ada Kerak Putih Kat Bibir…

Sumber gambar: https://fitandbeauties.com/beauty-tips/how-to-get-rid-of-chapped-lips/

Dah pakai lipstick bukan main cantik, sekali dekat hujung bibir ada kesan-kesan putih. Ewwhhh apa eh tu?!

via GIPHY

Siapa pernah alami situasi macam ni? Mesti korang rasa annoyed kan sebab ia boleh rosakkan mood tengah nak cantik-cantik. Lagi-lagi bila dah keluar menghadap public, sekali baru perasan kesan putih tu dah berkerak dekat hujung bibir. Tu sebenarnya cuma bibir kering atau kulit mati je. Jangan risau kalau perkara ni terjadi. Antara sebab kenapa boleh jadi macam ni ialah…

KANDUNGAN PRODUK

Sumber gambar: https://www.republika.co.id/berita/gaya-hidup/info-sehat/12/08/14/m8r4gj-bahan-kimia-di-lipstik-bisa-picu-masalah-jantung

Setiap lipstick ada kandungan kimia yang tersendiri tapi jangan risau, kandungan kimia tu semua selamat untuk digunakan. Bila bahan kimia tu bercampur dengan air liur, maka terhasil la kerak warna putih tu. Apa yang korang boleh buat ialah cuba selalu alert dengan keadaan bibir korang. Kalau boleh before apply lipstick, try pakai lip balm dulu.

KULIT MATI

Sumber gambar: http://www.wawaashiharaa.com/2018/09/ketahui-sebab-kenapa-kita-perlu.html

Korang pernah scrub bibir? Kalau tak, please buat sekarang sebab ia boleh jadi one of reason kerak putih tu terhasil. Kulit mati yang terhasil akan effect pada pemakaian lipstick korang. So make sure biasakan diri buat scrub bibir at least dua kali seminggu supaya nanti bibir korang akan sentiasa lembut dan cantik bila apply lipstick. Korang juga boleh guna scrub khas untuk bibir or nak lagi mudah DIY je sendiri, lagi jimat.

BIBIR KERING

Sumber gambar: https://www.eratuku.com/cara-mengatasi-bibir-kering-dan-pecah-pecah/

Selain kulit mati, kulit kering pun antara penyebab kerak putih tu terhasil. Especially bila pakai lipstick, sebab ia akan jadi berketul dan berkerak yang akan membuatkan bibir korang nampak pelik. Lagi teruk kalau pakai lipstick matte, ye la matte kan ada texture yang kering, tambah pula kalau bibir tu kering lagi nampak tak cantik. So make sure minum air masak secukupnya, takpun korang boleh apply pelembap bibir.

LIPSTICK EXPIRED

Sumber gambar: https://www.cosmopolitan.com/uk/beauty-hair/makeup/advice/a39986/guide-to-makeup-expiration-dates/

Kalau korang perasan dekat setiap lipstick ada logo tarikh luput. That’s why kena habiskan lipstick before expired date. Kalau dah expired pun korang still pakai lagi, bukan setakat akan ada kerak dekat hujung bibir, boleh jadi bibir korang terkena infection. Jadi better check tarikh luput lipstick masing-masing ya. Let say kalau dah lama sangat lipstick tu digunakan, sila buang dan beli yang baru. Eh? Hihi.

Now korang mesti dah tahu kenapa sebenarnya kerak putih tu selalu muncul tanpa diundang kan. Pastikan korang check bibir setiap masa, mana la tau that time nampak crush pulak dari jauh. Atleast dah prepare, hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Girls Yang Nak Main PUBG Kena Kenal Shroud!

Jom Hentikan Sumpahan Online Shopping!