in ,

Bila Boyfriend Salah Faham, Korang Boleh Cuba Cara Ini

Sumber gambar: Vox.com

Lisa, Harith marah aku la…. Kitorang gaduh sebab aku berborak dengan mamat dekat sekolah semalam. Apa aku nak buat?

Orang kata kalau tengah bercinta akan selalu bergaduh, kata orang juga bergaduh ini boleh merapatkan lagi hubungan. Tapi biasanya kalau kita bergaduh dengan pasangan, apa yang patut kita buat untuk pujuk? Kalau pasangan tengah marah, kita akan berdiam diri dan tunggu sampai kemarahan itu reda. Kalau reda? Kalau dia masih merajuk?

Deep aesthetic quote love | Quote aesthetic, Super quotes, Love quotes
Sumber gambar: Pinterest

Biasanya kalau seorang merajuk, seorang lagi akan  pujuk. Jadi, dua-dua kena tahu cara ambil hati pasangan. So today kami akan share dengan korang apa yang patut kita lakukan kalau pasangan kita tengah marah atau merajuk. Boleh la lepas ni pujuk boyfriend korang yang dekat kelas sebelah tu ya…

SIS MINTA MAAF DULU

i'm so sorry... uploaded by linzz world🌎🖤🌙 on We Heart It
Sumber gambar: WeHeartIt

Tak kisah salah siapa atau siapa yang memulakan pergaduhan. Jangan sesekali ego untuk meminta maaf. Kata-kata maaf ini umpama satu perkataan magik yang mana boleh membuatkan kita rasa lega walaupun waktu tu hati ni tengah marah sangat-sangat. Kalau memang korang penyebab dia marah, memang patut la minta maaf dulu. Tapi in case dia marah tentang benda lain, korang minta dia explain apa penyebab dia marah sampai macam itu sekali.

SIS, KASI BRO SPACE SIKIT

Aesthetic(Couple)💙 - YouTube
Sumber gambar: Youtube

Sometimes ada orang jenis yang mahukan ruang untuk dia berfikir, tenangkan fikiran atau melepaskan rasa marah. Kalau boyfriend korang tengah marah, jangan sesekali push dia untuk bagitahu kenapa dia jadi macam tu. Basically bagi dia ruang sekejap dan selepas dah tenang sikit baru la korang tanya atau dia sendiri akan explain punca utamanya. Kita kena sabar sikit ya…

EMOJI LOVE TERBANG SATU KALI

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Jangan sesekali hantar text karangan 500 patah perkataan dekat boyfriend korang bila dia tengah marah. Ini ialah satu amaran keras!

Tak semua lelaki suka ‘diserang’ dengan karangan macam tu, ada yang lebih sukakan simple text with emoji. Nak lagi advance buat la sticker gambar korang berdua dengan harapan itu akan membuatkan dia rasa lega dan tak marah. Nampak macam geli-geli je kan tapi actually cara macam ni menjadi juga, cuma make sure kena dengan caranya la. Karangan tu memang tak berkesan sebab nanti dia akan rasa tertekan dan rimas, takut nanti esok dekat sekolah terus si dia minta putus.

COMMUNICATION IS THE KEY

Kita kalau bergaduh dengan kawan sekali pun mesti akan cuba selesaikan masalah dengan secepat mungkin kan? Ini kan pula dengan boyfriend yang korang dah usha since form 1 dulu. Communication is the key, pernah dengar? Tanpa komunikasi, mungkin akan berlaku salah faham yang kita sendiri tak sangka. Sebab tu la bila bergaduh, tak kira dengan siapa sekalipun, jangan sesekali drag perkara tersebut terlalu lama. Kalau boleh cuba untuk berkomunikasi sesama sendiri dan selesaikan masalah yang terjadi. Let say salah itu memang datang dari diri kita, kita minta maaf terus dan cuba untuk ubah. Benda basic je ni kalau bab communication.

Dah cuba semua cara ini untuk pujuk boyfriend tu tapi masih tak menjadi? Mungkin masalah itu datang dari diri si dia itu sendiri. Boleh jadi dia ada masalah lain yang mana ia tidak berkaitan dengan korang. Korang pun jangan ambil serious sangat, mana tahu si dia saja je nak minta perhatian korang. Maklum la dekat sekolah sekarang ni dah tak boleh nak dating dekat belakang makmal, buat-buat marah pun jadi la asalkan dapat perhatian.

Nota: Ehemm, kalau korang masih bersekolah lagi jangan busy sangat merajuk dengan girlfriend/boyfriend ya… kerja sekolah dah siap belum?

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

K-Pop Idol Yang Layak Bawa Antagonis Dalam Drama

Artis² K-Pop Yang Bukan Berasal Dari Korea