in ,

Bila Bae Suzy Cakap Melayu, Banyak Hati Cair

Sumber gambar: http://de.fanpop.com/clubs/bae-suzy/images/41440922/title/suzy-guess-2018-photo

What?! Bae Suzy cakap Bahasa Melayu?! Comelnya bila dia cakap melayu sebab dia sememangnya semula jadi cute!

Ada yang tertanya-tanya kenapa Bae Suzy boleh cakap melayu? Actually scene Suzy cakap melayu itu ialah sewaktu dia promote K-drama lakonan dia berjudul Vagabond di Netflix bersama hero gandingan, Lee Seung-gi. Since drama itu masuk ke dalam pasaran Malaysia, dia dan Seung-gi diamanahkan untuk promote drama tersebut.

Dalam video tersebut, Suzy dan Seung-gi perlu teka beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu. Dua-dua pelakon hebat ini memang excited betul waktu nak mulakan game itu sehinggakan Seung-gi sendiri rasa nak ‘berlumba’ dengan Suzy.

Perkataan Bahasa Melayu yang perlu mereka teka ialah ‘Alamak’, ‘Power’, ‘Member’ dan beberapa lagi. Which is perkataan ayat tu yang selalu kita gunakan dalam kehidupan harian bila berbual dengan orang sekeliling.

View this post on Instagram

And the cutest “Oh mak kau!” ever officially goes to… Bae Suzy and Lee Seung-gi.

A post shared by Netflix Malaysia (@netflixmy) on

Game ini senang untuk mereka berdua sebab ada pilihan jawapan. Tapi kalau ada jawapan pun tak semestinya boleh teka dengan betul since Bahasa Melayu bukanlah bahasa yang mereka familiar sangat. Setakat nak cakap ‘terima kasih’ dengan ‘i love you‘ mungkin bolehlah kot? Maybe mereka masih lagi boleh main teka je sebab dalam video tersebut nampak yang dua-dua macam blur dengan semua ayat yang diberikan.

Paling comel ialah bila Suzy macam teragak-agak dengan semua jawapan dan dia tukar jawapan yang dah dipilih secara last minute. Lepas dah dapat tahu yang jawapan dia pilih itu salah, terus dia macam menyesal sebab asyik tukar-tukar jawapan je, haha!

Waktu first game Suzy dengan Seung-gi masing-masing dapat point sebab perkataan yang mereka teka ialah ‘Oh Mak Kau’. Bila dapat betul both of them mulalah excited, tapi itu baru first question, belum masuk yang lain lagi! So cute!

Akhirnya Suzy kalah dalam game teka perkataan Bahasa Melayu sebab dia asyik tukar jawapan je. Sebab itu orang tua-tua kata kita kena yakin dengan keputusan sendiri dan jangan ubah keputusan ikut orang lain, huhu!

Apa pun, Suzy memang comel sangat bila cakap Bahasa Melayu! Rasa macam nak layan video artis Korea cakap melayu pul selepas ini. Korang ada nak suggest mana-mana video artis Korea cakap melayu dekat Ainaa tak? Kalau ada, please komen dekat bawah ya!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Betul Ke Main Phone Dalam Toilet Boleh Buasir?!😱

Kelebihan Geng Bas Sekolah Yang Mungkin Korang Terlepas!