in ,

Bila Ada Daging Terselit Di Celah Gigi, Apa Korang Buat?

Sumber gambar: https://www.amazon.com/Pack-Natural-Bamboo-Toothpicks-900ct/dp/B077GP9LFL

Benda paling sakit hati bila tengah makan daging, cebisan itu tersekat di antara gigi. Alahai! Korek-korek guna kuku tak boleh juga keluar, memang terus capai pencungkil gigi. Tapi girls, pencungkil gigi ini bukan satu jalan penyelesaian yang terbaik tau. Kenapa?

SEJARAH PENCUNGKIL GIGI

Sumber Gambar: https://sinar.my/

Pencungkil gigi berperanan sama seperti benang flos tapi bezanya ia dibuat daripada bahan kayu atau plastik. Ia dah lama dikenalkan dan digunakan, 200 ke 300 tahun lepas dan mempunya pelbagai nilai depends to kebudayaan yang berlainan. Korang percaya tak pada zaman dahulu, siapa pakai pencungkil gigi ni, consider orang-orang yang kaya je? Sampai ada yang diperbuat daripada belalai gajah atau logam mahal! Selain itu, ada juga yang menganggapย pencungkil gigi ni a symbol of kasih sayang si pemberi kepada si penerima dan jadi salah satu “mas kahwin” untuk menikah.

AMARAN! BAHAYA!

Sumber Gambar: https://hellosehat.com/

Kalau dah makan daging and terselit kat celah gigi, mesti lah korang geram nak cungkil keluar kan? Tapi kalau korang guna pencungkil gigi, ia boleh gusi berlubang bila terkuat sangat cungkil. Bila dah berlubang, nanti lagi bahaya sebab lagi banyak cebisan makanan boleh terselit kat tempat yang sama. Lepas tu, bakteria akan attack part gusi tu dan pembinaan asid. Ended up gigi cepat reput! OH NO!

GUNA FLOSS

Sumber Gambar: https://www.liputan6.com/

Macam mana nakย floss? Ia macam gambar di atas ini. Floss ini sangat penting dalam membantu mencegah kerosakkan gigi, penyakit gusi dan nafas berbau. Ia juga lagi selamat untuk korang guna kalau nak bandingkan dengan pencungkil gigi. Pada masa yang sama, dapat menghilangkan plak berbahaya yang bersembunyi di sebalik gusi.

Jadi girls, nak ke guna pencungkil gigi lepas ini? Harapnya tidak ya, kerana ia akan membahayakan gusi korang. Bila gusi terkena jangkitan bakteria ini, ia akan menyebabkan mulut berbau dan gusi hitam. Nanti macam mana nak selfie senyum nampak gigi dah?

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ramadhan Special #1: Teka Makanan Bazaar

Lagu-Lagu Ramadan Yang Best Untuk Dengar!