in ,

Bila Ada 2 Orang Suka Kita, Nak Pilih Yang Mana?

Sumber gambar: www.koreaboo.com

Yang mana satu nak pilih? Si A selalu tolong waktu tengah susah. Si B pula selalu ada waktu sedih. Urghhh! Tak boleh ke kalau nak pilih dua-dua sekali?!

Amboi dia, bukan main ya tak tahu nak pilih yang mana satu. Macam mana boleh ada dua orang dalam hati korang? Ini mesti sebab dua-dua bermula hanya crush tiba-tiba dua-dua balas cinta, terus confuse tak tahu nak pilih yang mana satu ya? Sampai  dilemma tak tahu nak pilih siapa.. It’s okay girls, kami faham sebab kami pun pernah ada dalam situasi korang juga. Hmm, nak tahu tak apa yang kita boleh buat? Jom check it out a few tips yang kami pernah gunakan dulu.

CHECKLIST DIA ATAU DIA?

via GIPHY

Kita nak yang terbaik dalam memilih pasangan. Sekarang inilah masa yang sesuai untuk korang pilih pasangan sebab sometimes pasangan boleh buat kita lebih bersemangat untuk belajar atau buat something tau. Cuba korang buat checklist antara dua orang tersebut, mana satu yang lebih dekat dengan korang dan lebih memahami korang. Masing-masing ada kebaikan dan keburukan tapi mestilah kita nak cari yang lebih banyak kebaikan, betul tak? So, buat list sikap mereka berdua, mana yang lebih dekat dengan korang, dialah orang yang patut dipilih.

KITA TEST SIKIT

Image result for 2 boy 1 girl
Sumber gambar: Fanpop

Nampak macam over sebab nak test tapi nak buat macam mana, kita nak pilih pasangan yang terbaik betul tak? Benda yang terbaik korang boleh buat ialah uji si dia dengan beberapa perkara. Before this ramai komen yang perempuan seorang yang complicated. Okay this time kita test mereka dengan perangai complicated kita! Kita tengok sama ada mereka boleh handle ke tidak, agak kalau tak boleh handle maksudnya dia tak ready terima korang.. Tapi janganlah uji melampau sangat sampai suruh dia pergi cari darah nyamuk atau hati kuman. Itu dah level puteri Gunung Ledang.

JUJUR NAK KE TAK NAK

Image result for confess to crush
Sumber gambar: Wikihow

Takut juga kalau ada yang nak main-main je bukannya nak serious pun. Buatnya korang beria nak dia, sekali dia main-main je dengan korang, dah terlepas yang seorang lagi. Minta si dia jujur je sama ada dia betul-betul nak dekat korang atau tidak. Kalau dia tak nak, tak perlu korang tunjuk effort untuk dapatkan hati dia. Tapi itu kalau dia terus jujur, kalau tak jujur satu hal pula korang nak kena berteka-teki dengan dia. Sebab itu penting je jujur dalam hal ini. Memandangkan korang tengah ada dua pilihan, tanya je dekat dua-dua sama ada mereka betul jujur atau tidak. In case dua-dua pun mengaku yang mereka hanya main-main, tak payah korang pening kepala juga nak pilih yang mana satu betul tak?

BYE BYE BOYS!

via GIPHY

Buat apa nak pening kepala fikir nak pilih siapa? Baik korang tenangkan fikiran dan let go je dua-dua, lagi senang. Why not kita fokus pada study? Next year nak PT3, nak SPM? Haa, fokus baca buku dan fikirkan tentang masa hadapan! Bab boyfriend kita tolak tepi dulu, fikir nanti lepas dah habis sekolah. For now just kawan je dengan mereka, kalau ada yang cuba nak bagi harapan, korang tepis dengan penuh gaya! Kami percaya korang mesti boleh! Lepas habis sekolah baru cari boyfriend okay? Tapi kalau nanti dah sambung belajar, korang masih lagi hadapi masalah yang sama macama itu, mungkin korang tak dapat dipisahkan dengan situasi ini, hehe!

So boleh buat keputusan mana satu yang korang nak pilih? Kalau masih tak tahu nak pilih siapa, korang boleh ikut cara yang last kami cadangkan! Let go je dua-dua dan korang hidup happy dengan diri sendiri! Ingat, jangan peningkan kepala dengan benda yang tak mendatangkan manfaat pada kita..

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bahaya Basikal Lajak Mungkin Buat Kita ‘Terlajak’!

SHOUT OUT EXO-L! Konsert EXO Bulan Disember Ini!