in ,

Bila Abang Kakak Tengah SPM, Apa Kita Boleh Buat?

Sumber gambar: pxhere.com

Woah! Nampaknya ramai yang sudah berseronok sekarang ini..Musim cuti sekolah sudah mula lebih awal sebab abang dan kakak senior sedang ambil peperiksaan SPM. Jadi awak semua sudah ada rancangan ke nak buat aktiviti apa waktu abang dan kakak tengah SPM? Kalau belum ada perancangan lagi, apa kata kalau kami kongsi dengan idea aktiviti best ini untuk korang cuba aktiviti ini waktu cuti ini daripada duduk rumah bosan tak buat apa.

WAYANG

Sumber gambar: plussixty

Disebabkan banyak movie yang best akan release pada bulan November dan Disember ini. Ada cartoon, action, thriller dan banyak lagi punya genre, betul tak? Apa kata, setiap minggu korang plan pada hari Rabu untuk pergi keluar tengok wayang dengan kawan? Kenapa Rabu? Sebab Rabu tiket wayang lebih murah! Jadi, hari itulah korang dan squad boleh movie marathon terus.

HIKING

Sumber gambar: Says.com

Kalau korang dan kawan-kawan suka buat aktiviti yang keluar peluh dan sedikit mencabar. Apa kata, korang pergi hiking di kawasan bukit? Kalau nak gunung pun boleh tapi ingat ya untuk sentiasa bersama penjaga korang. Sebab kalau korang saja memang bahaya dan kalau sesat sia-sia saja tak jumpa jalan balik. Please make sure korang bawa juga segala bekalan makan dan minum yang cukup supaya bila penat boleh top-up semula tenaga korang.

E-SPORT

Sumber gambar: Koreaboo

Sekarang ini sukan bukan sahaja ada outdoor, indoor pun banyak! Dan korang tak perlu banyak bergerak pun sebab sekarang ini ramai yang suka main e-sport betul tak? Korang nak main itu boleh saja ajak kawan-kawan kumpul di rumah korang dan main sama-sama. Dan mainlah dengan kawan korang PS4 ke, Nintendo ke, Xbox ke atau lain-lain. Asalkan korang have fun dengan kawan korang. Sambil itu boleh makan snacks sama-sama waktu korang rehatkan tangan main games.

SWIMMING

Sumber gambar: Anime Kpop

Bila lagi nak renggangkan otot-otot badan korang lagi? Asyik rehat saja, lebih baik kali ini musim cuti sekolah korang pergi berenang. Sebab sekarang ini musim hujan, tak perlu pergi ke sungai, laut dan air terjun pun. Cukup korang pergi kompleks renang pun okay saja. Nak ke taman tema air pun lagi onz! Sebab ada banyak gelongsor air yang korang boleh ride di situ! 

DISTRICT 21

Sumber gambar: Time Out

Pernah dengar tentang District 21? Mesti ada yang tahu dan ada yang belum tahu kan? Bagi yang belum tahu ia adalah taman tema apocalypse yang terletak di IOI Mall Putrajaya. Di situ ada 10 permainan menarik dan 8 bilik games yang korang boleh main dengan seluruh ahli keluarga atau kawan-kawan. Dalam setiap 10 permainan itu korang boleh cabar diri korang memanjat, melompat, menunggang, terbang dan macam-macam. Memang seronok! 

Lepas ini, bolehlah korang mula roger kawan-kawan dalam group chat untuk pergi tempat-tempat yang sesuai untuk buat semua aktiviti ini. Selain itu, korang boleh juga rancang aktiviti seperti trip atau camping di tempat yang agak mencabar sedikit. Barulah boleh cabar diri korang sendiri dan kawan-kawan tapi ingat juga, kena sentiasa berhati-hati, lebih lagi cuaca hujung tahun musim tengkujuh.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kerja Part Time Untuk Budak Sekolah!

Emoji Pun Boleh Jadi Haram Digunakan?