in ,

BigBang Buat Comeback Dekat Coachella!

Sumber gambar: Koreanarea.com

Lama menyepi, tiba-tiba dengarnya Big Bang nak buat comeback! Legend is back guys! Bang bang bang~

Siapa je yang tak excited bila dengar yang Big Bang nak buat comeback! Kalau korang memang peminat muzik K-pop, mesti korang pun akan rasa excited dengan berita ni. Baru-baru ni Taeyang ada umumkan yang mereka akan buat comeback sempena muzik festival muzik Coachella dekat Amerika Syarikat pada April depan. At the same time, poster yang menunjukkan comeback Big Bang juga ditayangkan menerusi laman web rasmi Coachella. So maksudnya memang dah confirm!

Image result for big bang 2019"
Sumber gambar: Bibandtuck

Mesti nanti ramai fans K-pop yang akan ke sana sebab nak tengok Big Bang perform. Coachella bakal diadakan pada 10 dan 17 April depan yang mana akan berkumpulnya peminat muzik dari seluruh dunia. Ramai peminat Big Bang menantikan berita baik ni since G-Dragon dan Daesung dah tamatkan latihan ketenteraan mereka pada tahun lepas. Kira macam hadiah untuk fans yang sanggup tunggu kemunculan semula mereka la, huhu! So sweet!

Even Big Bang masih belum ada apa-apa confirmation tentang karier seni mereka, lagi-lagi lepas banyak isu skandal yang melanda YG Entertainment dan isu penarikan diri Seungri daripada kumpulan tu, VIP yang merupakan peminat Big Bang masih tetap setia menanti update daripada mereka.

Image result for g-dragon and daesung millitary"
Sumber gambar: Twitter

Tapi apa yang jadi tanda tanya kepada fans ialah sama ada Seungri akan bergabung semula dengan Big Bang atau tidak. Atau sebenarnya dia akan kekal dengan keputusannya untuk meninggalkan Big Bang dan industri K-pop buat selamanya.

Walaupun comeback kali ni hanya akan menampilkan G-Dragon, T.O.P, Taeyang dan Daesung sahaja, fans tetap rasa teruja untuk menyaksikan bintang kesayangan mereka perform dekat Coachella nanti. Apa yang lebih teruja ialah Big Bang merupakan kumpulan K-Pop pertama yang akan perform dekat Coachella.

Untuk pengetahuan korang, Coachella ialah satu muzik festival terbesar di Amerika Syarikat yang mana ia akan diadakan setiap tahun. That time semua penggemar muzik akan berkumpul untuk menyaksikan penyanyi kegemaran mereka semua perform. Sampaikan ada yang sanggup kumpul duit awal-awal untuk make sure mereka dapat ke sana.

Tapi biasanya muzik festival ni memang akan dihadiri oleh orang Barat la, kita kalau dari Malaysia jauh juga nak ke sana. Tapi ada je orang lain dan juga selebriti tempatan yang ke sana untuk merasai sendiri pengalaman tengok muzik festival dekat tempat orang. Kiranya kalau dekat Malaysia, muzik festival terbesar kita ialah Good Vibes yang diadakan dekat Genting Highland setiap tahun tu.

Since korang semua masih bawah umur, tak boleh la nak pergi Coachella ya. Tak cukup umur then nanti mesti parents korang tak bagi pergi sana, huhu! Tak pe, korang boleh layan konsert dekat Malaysia. Setiap bulan mesti ada je tour yang diadakan oleh mana-mana penyanyi. Boleh la join sekali, at least ada la experience tu, hehe!

Apa pun, welcome back Big Bang! Maybe lepas ni mereka akan buat konsert tour Asia pula ke? Since ramai peminat memang dah menantikan kemunculan semula mereka, tak mustahil nanti mereka akan buat konsert untuk sambut peminat kan? Harapnya that time Malaysia termasuk dalam senarai negara yang akan mereka ‘singgah’ la ya.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Move On Paling Pantas Korang Harus Cuba

Fun Facts Tentang Hun Haqeem A.K.A Jekfer!