in ,

Bibi Qairina Bercinta Dengan Orang Dewasa?

Sumber gambar: Instagram.com/bibiqairina

Uishh, serious ke Bibi Qairina tu bercinta dengan lelaki berumur 20 tahun? Bukan Bibi still sekolah menengah lagi? Ishh, biar betul si boyfriend dia tu bercinta dengan budak underage.

Confirm ke mereka berdua tengah bercinta? Atau disebabkan korang nampak Bibi dan Asyraf kerap post video dan gambar bersama, terus nak buang spekulasi? Entah-entah mereka berdua hanya sekadar rakan baik dan saja-saja post gambar dengan caption sweet untuk dapatkan perhatian followers?

Haaa, cuba fikirkan semula apa yang Ainaa katakan. Korang sebagai netizen or followers Bibi Qairina, apa yang korang dapat rumuskan tentang hubungan mereka berdua? Macam yang korang tahu, Bibi dan Asyraf sering bekerjasama menghasilkan short video untuk content YouTube. Tapi itu tidak bermaksud mereka berdua sedang dilamun cinta. Sometimes, hanya dengan caption sweet sweet pun boleh buatkan ramai orang tertanya-tanya betul tak? Korang sendiri mesti akan terus beranggapan yang mereka berdua tengah bercinta sebab masing-masing saling berbalas komen sweet dan post gambar bersama.

Since nama Bibi Qairina mula meningkat naik, gadis comel berusia 15 tahun ini sering mendapat perhatian netizen lebih lagi bila baru-baru ini dia dengan beraninya keluarkan statement memberitahu bahawa ramai pengguna Twitter terutamanya kaum lelaki menggunakan gambar dia sebagai wallpaper phone masing-masing. Yakinnya kamu ini Bibi! Disebabkan statement beraniBibi itu, dia sekali lagi dikecam oleh netizen. Korang ni pun satu, pantang orang tu buat salah sikit mesti ada je benda nak kecam ya. Tak habis dengan lagu Sokmed yang viral, sambung pula dengan statement luar biasanya itu.

Bukan itu sahaja ya girls, di Twitter pun baru-baru ini ramai yang sibuk nak membincangkan tentang status hubungan Bibi dengan Youtuber terkenal, Asyrafrozami. Siap ada yang buat thread mengatakan yang Asyraf itu seorang lelaki pedophile disebabkan dia bercinta dengan Bibi yang merupakan pelajar sekolah bawah umur. Bukan main ramai lagi yang tinggalkan komen kecaman di Twitter sehingga ada yang terlebih rajin buat research cari semula gambar mesra mereka berdua.

Tapi sayangnya twit asal yang menyifatkan Asyraf sebagai pedophile telah dipadam. Waktu Ainaa baca semalam bukan main rancak semua orang ‘berperang’ bagi pendapat masing-masing tentang hubungan percintaan bawah umur antara Bibi dengan Asyraf. Tak sempat pula nak screenshot atau baca habis semua thread tersebut. Cuma apa yang Ainaa ingat ialah ramai netizen menyifatkan Asyraf sebagai pedophile hanya disebabkan Bibi baru berusia 15 tahun.

Bagi pendapat korang pula macam mana? Setuju ke dengan statement netizen? Ada certain netizen menyifatkan hubungan percintaan mereka itu tidak salah pun sebab masing-masing seperti mempersetujui hubungan yang terjalin, bukannya Bibi terpaksa bercinta dengan Asyraf. Tapi confident ya semua kata mereka bercinta? Kalau tak silap Ainaa lagi dekat dalam thread yang telah dipadam tu ada screenshot statement Asyraf mengatakan bahawa dia dan Bibi hanya bersahabat baik dan bukannya bercinta. Katanya lagi jangan disebabkan mereka rapat, ramai menganggap mereka bercinta walhal itu semua hanya la bertujuan untuk kerja sahaja.

Hmmm, tak tahu nak cakap macam mana kalau dah tuan empunya badan sendiri dah cakap macam itu. Netizen sibuk nak bergaduh, tuan empunya badan steady je dekat sekolah siap produce lagu rap baru lagi. Itu pun masih lagi kena kecam dengan netizen. Apa agaknya yang Bibi dah buat sampaikan korang nak kecam setiap tindakan dia? Comel je Bibi kami tengok, pipi bulat manis je orangnya bila senyum.

Apa pun kita dah masuk tahun 2020. Tak perlu nak kecam setiap apa yang orang buat. Kalau tak suka, tak perlu ambil kisah. Biarkan sahaja. Tapi tuan empunya badan sendiri pun jangan pula asyik nak buat kontroversi je semata-mata nak naikkan nama. Biar famous disebabkan perkara baik dan bukannya disebabkan kontroversi yang dibuat-buat okay?

What do you think?

-23 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jenis-Jenis Mask Yang Korang Perlu Tahu!

A to Z Tentang Fimie Don? Jom Kita Tanya Fifi, Si Peminat Tegar!