in ,

Biar Orang Lain Fake, Jangan Gigi Kita Fake!

Sumber gambar: kidskunst.info

Girls, korang tengok tahu latest isu tentang fake braces? Ainaa harap kalau ada yang pakai fake braces, please cabut secepat mungkin! Baru-baru ni ada banyak isu tentang side effect for those yang pakai fake braces sampai terpaksa cabut semua gigi akibat jangkitan kuman. Before that jom la check it out apa agaknya kesan negative kalau korang pakai fake braces tanpa pemantauan pakar.

ROSAKKAN GIGI DAN GUSI

Sumber gambar: https://www.alodokter.com/gigi-palsu-ini-yang-harus-anda-ketahui

Kata orang gigi tu umpama penambah manis pada senyuman. Paling cepat dalam masa enam bulan, korang akan nampak yang gigi akan longgar, gusi bengkak atau berdarah. That time jalan penyelesaian hanya la cabut semua gigi yang rosak. Takkan korang nak buat gigi palsu pula lepas tu kan?

MEMBAZIR DUIT

via GIPHYTak dinafikan kalau pakai fake braces, korang tak perlu bayar semahal buat dekat klinik swasta atau kerajaan. Tapi dalam kes fake braces ni, korang umpama serahkan duit pada orang yang tak bertauliah untuk ‘rosakkan’ gigi korang je. Harga memang murah tapi kalau sampai menyakitkan diri sendiri tu untuk apa pula kan. Better keluarkan sikit duit demi hasil yang memuaskan.

GIGI TAK BERSIH

Sumber gambar: https://says.com/my/seismik/mitos-scaling-gigi

Before nak pakai braces, kita diharuskan untuk buat scaling which is untuk buang segala macam kekotoran contohnya karies gigi atau karang pada gigi. Bukan tu je, kita juga perlu lalui proces cuci gigi untuk make sure semua kuman dah hilang before pakai braces. Tapi kalau korang pakai fake braces, ‘dentist‘ tu takkan buat satu pun rawatan yang Ainaa sebut tu. Diorang akan terus pasang dawai dekat gigi korang tanpa rasa bersalah.

ALATAN TAK BERSIH

Setiap alat yang digunakan dekat klinik gigi perlu dicuci dalam cecair antiseptik untuk buang kuman. Kalau ‘dentist’ tipu, mereka mungkin tak ada masa untuk bersihkan semua alatan tu. Bukan tu je, ada juga yang buat kerja tanpa pakai sarung tangan dan lagi ‘best’, buat rawatan dekat rumah atau bilik hotel je. Kononnya dengan alasan klinik bergerak, walhal seorang dentist tidak dibenarkan sama sekali untuk buat rawatan gigi di luar klinik.

So girls, korang still berani lagi ke nak pakai fake braces ni? Jangan sebab ikutkan trend sampai korang sanggup gadaikan kesempurnaan diri yang dah dikurniakan oleh Allah! Silap haribulan daripada gigi tu elok, terus jadi tak cantik dah. Be careful ya girls…

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagi Dua Minggu Raya, Parut Jerawat Tak Hilang Lagi?!

Timing Terbaik Untuk Berdoa Bulan Ramadan!