in ,

Biar Betul Urut Badan Boleh Kurus?!

Sumber gambar: Youtube M드로메다

Berurut memang satu aktiviti yang best, lebih lagi untuk korang yang memang suka sangat berurut waktu badan tengah penat dan rasa tegang. Rasa nak crack semua tulang pun ada bagi rasa lega itu ada dan supaya badan rasa lebih ringan, betul tak? Ada yang cakap, urut ini ada banyak jenis dan bukan setakat itu saja, ia juga mampu betulkan balik kedudukan badan korang, betulkan semula tulang dan macam-macam lagi. Ada juga yang cakap, kalau berurut ini boleh buatkan badan kurus? OMG! Serious lah? Haih! Macam tak percaya saja. Tapi jom kita tengok apa sebab yang logik mengatakan jika korang berurut ini boleh kuruskan badan. Hehe! 

PULIHKAN OTOT DAN TULANG

via GIPHY

Bila otot dan tulang kita berada dalam keadaan yang tidak selesa, memang akan menganggu kita punya aktiviti harian. Bukan setakat itu sahaja, ia juga boleh akibatkan ketidak seimbangan hormon. Bila, hormon terganggu…sudah pasti kita punya badan jadi malas, otak serabut, muka breakout dan macam-macam lagi. Jadi, berurut memang boleh membuatkan otot dan tulang kita ini pulih dan berada dalam keadaan yang sihat. Bila badan kita sihat, maknanya kita boleh lah membuat pelbagai aktiviti termasuk lah bersenam. Jadi, ia membantu korang untuk menjalankan gaya hidup yang sihat.

TENANGKAN SISTEM LIMFATIK DAN IMUNITI BADAN

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang juga, ia juga akan tenangkan sistem limfatik dan imuniti badan kita. Biasanya, kita hidup seluruh organ kita ini di setiap sudut akan berfungsi dari atas sampai lah kebawah. Ia akan membetulkan sistem peredaran darah pada badan korang yang sentiasa tersalur ke jantung dan bila korang berurut dan sistem limfatik dan imuniti badan korang lebih relax, ia akan kurangkan kadar retensi air dalam badan korang dan sedikit sebanyak mampu kurangkan berat badan korang dalam masa yang temporary.

KURANGKAN TEGANG BADAN DAN STRESS

via GIPHY

Melalui urut juga, ia akan kurangkan stress dan ketegangan badan korang yang menyebabkan korang akan terganggu nak bersukan dan lakukan aktiviti. Jadi, bila badan korang dah segar selepas berurut, mesti badan korang akan lebih bertenaga dan ada stamina yang sangat aktif. Bukan setakat itu sahaja, korang juga akan lebih suka bergerak ke mana sahaja untuk lakukan banyak aktiviti yang aktif! Hehe!

Jadi, kesimpulannya adalah urut ini bukannya secara langsung turunkan berat badan korang. Akan tetapi ia membantu korang sedikit sebanyak untuk sihat, segar dan beri tenaga pada tubuh badan korang. Mungkin juga boleh membantu kurangkan berat badan korang tetapi sekejap sahaja dan selebihnya terletak pada diri korang juga. Bukan setakat itu sahaja, ia juga mampu kurangkan stress korang tau! Dan kalau untuk bahagian kepala dan muka pula, jika korang selalu amalkan urut ia secara tak langsung akan bantu pertumbuhan rambut lebih cepat, kulit lebih tegang dan banyak lagi. Siapa cakap korang yang remaja sekarang ini tidak boleh berurut? Hehe! Boleh saja lah dan korang patut cuba tau sekali sekala. Memang fresh saja badan nanti! 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jungkook BTS Minta Maaf Pada ARMY

Tarikh Pembukaan Semula Persekolahan Bakal Diumumkan