in ,

Biar Betul Muka Boleh Kering Kalau Cuci Guna Wet Tissue

Makeup remover dah habis, jalan penyelesaian yang korang ada ialah guna wet tissue untuk buang segala macam makeup dekat muka. Kesat pun kesatlah, asalkan makeup tanggal.

Seriously girls korang sanggup nak bersihkan makeup dengan hanya gunakan wet tissue walaupun itu ialah jalan yang paling mudah yang ada sebab senang nak bawa pergi mana-mana? Tak kesian ke dekat kulit muka nanti? Korang perasan tak yang sebenarnya texture wet tissue sangat kesat dan kasar.

Image result for girl clean makeup use wet tissue
www.bustle.com

Actually wet tissue boleh rosakkan kulit muka kita sebab ada kandungan kimia yang tinggi dan pewangi yang akan bagi effect buruk dekat muka. In case kulit korang sensitive, lagi tak boleh kalau nak guna wet tissue.

Ainaa sendiri tak nafikan yang guna wet tissue memang best sebab senang tanggal terus, tapi sebenarnya ia tak buang makeup sepenuhnya pun. Dekat bawah ini ada beberapa kesan yang akan jadi pada kulit kita kalau selalu sangat guna wet tissue;

KULIT JADI KERING

A Miracle Oil for Dry, Tight, Flaky Skin
www.ogee.com

Dalam wet tissue ada kandungan alkohol yang berfungsi untuk bunuh kuman dan boleh bersihkan makeup. At the same time ia akan hilangkan kelembapan yang ada dekat muka kita dan buatkan kulit muka kita kering dan kasar. Bila dah kasar nanti kita akan mula rasa tak best kalau sentuh muka dan kulit mengelupas pula sebab kering sangat. Just make sure kalau korang nak guna wet tissue juga, jangan lupa cuci muka semula setiap kali lepas dah tanggalkan makeup. Cara ini boleh elakkan kulit muka daripada terus kering.

KULIT BAWAH MATA KENDUR

Image result for bawah mata kendur
www.jakartaaestheticclinic.co.id

Bila korang bersihkan makeup, mestilah akan tonyoh muka kuat-kuat supaya segala macam makeup pun tertanggal betul tak? Actually benda itu akan buatkan kulit bawah mata jadi kendur. Bukan itu saja, kulit pun akan nampak kusam dan tak bermaya. Tapi kalau gosok lembut-lembut, makeup pun tak nak tertanggal, then macam mana? Haa, sebab itulah kenapa kita tak digalakkan untuk guna wet tissue dengan kerap. Nanti umur baru masuk 23 tapi bawah mata dan kendur.

GARIS HALUS DEKAT MUKA

via GIPHY

Biasanya garis halus ada dekat orang yang dah berusia baya mak kita je, takkan kita yang muda remaja pun ada garis halus juga? Sebabkan wet tissue itulah wujudnya garis halus dekat muka kita. Benda itu terjadi bila korang guna dengan terlalu kerap sampai buatkan kulit muka dah terbiasa dengan tekanan dan geseran daripada wet tissue. So jangan terkejut ya girls kalau ada garis halus dekat muka. Lain kali rajinkan diri untuk guna makeup remover ya.

Cara lain yang Ainaa boleh suggest pada korang untuk bersihkan makeup selain guna wet tissue  atau makeup remover ialah pakai oil cleanser before cuci muka guna cleanser biasa. Ainaa selalu guna oil cleanser untuk bersihkan makeup selain guna makeup remover atau wet tissue sebab lagi senang.

Image result for girl do double cleansing
www.youtube.com

Perkara yang paling penting korang kena ingat ialah sentiasa cuci makeup sebelum tidur sebab nanti muka korang tak dapat bernafas dan takut juga jerawat naik. Satu hal nak cari jalan penyelesaian untuk singkirkan jerawat, huhu!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bila Ramai Ber-KAW KAW di MyTOWN Cheras!

SHOUTOUT BTS ARMY! Merchandise Ini Korang Kena Ada