in , ,

Biar Betul Kimchi Asalnya Bukan Warna Merah?!

Sumber gambar: https://qz.com/173722/the-kimchi-war-between-south-korea-and-china-is-getting-extra-spicy/
Sumber gambar: Instagram Lunaria

Annyeonghaseyo kimchi! Bestnya kalau dapat makan kimchi waktu sekarang ni, sekali dengan sup panas pula fuhhh perfect combination!

via GIPHY

Kimchi ialah makanan ‘wajib’ orang Korea dan merupakan antara salah satu identiti mereka yang popular di seluruh dunia. Kimchi ialah sayur jeruk yang diperap bersama bahan-bahan lain untuk tambah rasa kesedapannya tu. Before this kita hanya tahu makan kimchi je tapi #Lunagirls nak tahu tak fakta menarik disebaliknya? Jom tengok sikit apa fakta yang ‘tersembunyi’ dalam kesedapan kimchi tu sendiri..

BUKAN WARNA MERAH

Sumber gambar: https://www.maangchi.com/recipe/baekkimchi

Kalau ada yang selalu pergi kedai makanan Korea, mesti kimchi tu warna merah sebab dah bersalut dengan sos dan bahan perapan yang lain kan? But actually warna asal kimchi ialah putih! Tak percaya? Sebab waktu abad ke-20, cili merah belum lagi digunakan dalam bahan perapan kimchi. Kiranya memang tak ada rasa pedas langsung, tapi sekarang apa la maknanya kimchi tanpa rasa pedas kan?

LEBIH 100 JENIS KIMCHI

via GIPHY

Selama ni maybe korang main makan je kimchi tu dan tak tahu pun apa bahan yang ada dekat dalam tu. Actually, ada sebanyak lebih 100 jenis kimchi selain yang diperbuat daripada sawi putih yang biasa kita makan. Maybe korang pernah cuba cuma tak perasan je perbezaan kimchi tu sendiri. Kimchi paling popular ialah baek kimchi (kimchi putih), kkakdugi (daikon kimchi), dongchimi (kimchi berasaskan air) dan banyak lagi.. Try la food hunting kimchi lepas ni kalau korang nak tahu apa bezanya rasa semua kimchi okay!

TAHAN BERBULAN

Sumber gambar: https://www.mingguanwanita.my/cara-buatpogi-kimchi-homemade-tahan-sehingga-2-bulan-makin-lama-diperam-makin-sedap-rasanya/

Biasanya makanan tak tahan lama walaupun kita dah masukkan dalam peti ais. Tapi untuk kimchi, makin lama kita simpan dalam peti, makin segar dan sedap rasanya. Kalau korang suka makan kimchi yang dah ditapai, boleh simpan lebih lama daripada biasa. Cuma jangan sampai bertahun-tahun, takut nanti sakit perut pula since banyak bahan rampah yang ada dalam kimchi tu.

PETI AIS KHAS UNTUK KIMCHI

Sumber gambar: https://today.line.me/id/pc/article/Mengenal+Kimchi+Makanan+Wajib+Orang+Korea+yang+Kaya+Akan+Manfaat-Y90JWQ

Kalau kita dekat sini, semua benda masuk dalam peti ais.. Tapi untuk orang Korea, mereka ada peti ais khas untuk simpan kimchi sahaja. At the same time makanan lain dalam peti ais takkan tercemar dengan bau pedas kimchi. Zaman dulu orang Korea simpan kimchi dalam bekas tanah liat dan ditanam bawah tanah. Sekarang, suhu peti ais yang digunakan untuk simpan kimchi tu seakan-akan sama dengan keadaan dalam balang tanah liat tu tau..

Lepas ni boleh la berlagak sikit dengan kawan-kawan yang lain sebab korang dah tahu a few facts tentang kimchi. Baru nampak macam genius sikit, hehe! Okay, sekarang siapa nak teman Ainaa makan kimchi? Komen kat bawah!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments