in ,

BFF Yang Influencer, Kita Pula Yang Over!

Sumber gambar: Adweek

#Lunagirls ada berkawan dengan mana-mana social media influencer? Atau mungkin kawan korang salah seorang yang dikenali ramai? Untungnyaaaa! Mesti ada banyak kelebihan yang korang dapat! Tapi berkawan dengan orang ternama ni ada down side juga.. untuk mereka yang belum atau bakal berkawan dengan influencer, jom Ainna kongsikan sikit kelebihan dan kekurangan ada kawan popular!

TUMPANG FAMOUS

via GIPHY

Dah nama pun BFF, mesti la ke mana-mana akan berkepit je. Bila korang berdua jalan dekat sekolah atau mall mesti korang pun akan dikenali ramai! Waktu tu la korang juga akan tumpang populariti kawan tu! Hihi! Lepas ni ramai orang akan mula stalk korang pula. Alamak! Ni kira good side ke bad side kalau dah ada orang stalk? 

SENANG BERGAUL

via GIPHY

Bila dah selalu ikut BFF tu pergi mana-mana event, korang pun dah pandai nak bergaul dengan orang ramai dan jadi lebih berdikari. Bukan tu je, korang pun mesti dah tak awkward kalau in case kena pergi event seorang diri tanpa diteman your BFF. Ehem! Mungkin lepas tu #Lunagirls boleh jadi terkenal lebih daripada BFF sendiri?

DAPAT PERHATIAN

Sumber gambar: Medium

Attention! Attention! Dah nama pun berkawan dengan someone yang terkenal, mesti la korang pun akan jadi sumber maklumat untuk orang lain tentang your BFF. Bukan setakat ada orang yang akan stalk korang, tapi followers dekat Instagram pun akan naik tau. Woww untung la famous juga.. #OOTD dan feed Instagram kena on point lepas ni!

JADI SOMBONG

via GIPHY

Alamak! Ini antara salah satu down side yang mungkin akan terjadi! Orang lain yang famous kenapa kita pula yang over sombong? Be careful girls, jangan sampai tahap lupa diri dan sombong pula. Tak dinafikan korang mungkin akan dikenali ramai tapi jangan sesekali berubah atas dasar populariti orang lain okay!

JADI BAHAN GOSIP

Sumber gambar: Jumpshot

Bila dah terkenal sekali mesti ada orang yang nak cari kesalahan diri korang.. Jadi tak mustahil ada orang cuba untuk menjatuhkan korang. Jangan sampai ada orang korek sejarah silam korang sudah la. Kalau dah sampai tahap macam ni sekali, make sure korang kena tahu macam mana cara untuk protect diri! Jangan mudah terasa bila orang perli kita.. #Hatersgonnahate

So girls, korang bersedia ke nak kawan dengan salah sorang influencer? Atau korang yang akan famous lepas ni? Hehe! Apa pun kena selalu ingat asal usul kita okay girls..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Asyik Guna Meme Orang Je.. Jom Buat Meme Muka Sendiri!

Si Pembuli Sebenarnya Paling Penakut!