in ,

Betulkah SM Town Tour Akan Ada Di Malaysia Tahun Ini?

Sumber gambar: aminoapps.com/c/sm-entertainment

Semua peminat K-Pop korang mesti sudah ada bias K-Pop idol masing-masing, betul tak? Ada yang suka ikut bakat artis korang, ada juga yang stan K-Pop idol mengikut agensi mereka, ada juga yang ikut selera muzik masing-masing juga dan banyak lagi kan. Kalau dulu kita ada BIG 3 tetapi sekarang dah ada BIG 4. Apa yang istimewa dan best tentang korang yang minat K-Pop ini adalah kadang-kadang agensi hiburan yang produce K-Pop idol ini mereka akan buat konsert atau tour satu dunia sambil bawa artis yang bernaung dibawah agensi mereka untuk menhiburkan para peminat di seluruh dunia dan salah satunya yang kerap membuat konsert besar-besaran seperti ini adalah SM Entertainment yang popular dengan SM Town Tour. 

Sumber gambar: Daily EXO

Siapa yang tahu tentang SM Town Tour ini mesti korang selalu dengar cerita yang memang banyak persembahan menarik yang dipertontonkan kepada para peminat. Bukan setakat itu sahaja artis yang di bawah SM Entertainment seperti Super Junior, Girl’s Generation, EXO, F(x), SHINee, NCT, Red Velvet, Super M, TVXQ, BoA dan banyak lagi pun akan turut serta dalam konsert SM Town Tour. Ini sudah pasti tidak akan ada seorang pun dari peminat K-Pop idol bawah SM yang nak lepaskan peluang, betul tak?

Sumber gambar:devotee 9571

Apa yang menariknya, tahun ini mungkin benar atau mungkin tidak, katanya yang konsert SM Town Tour akan diadakan di negara kita. Hmm, kalau nak cakap ianya sahih pun tidak boleh sebab SM Entertainment sendiri pun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi kalau mereka akan adakan konsert besar keluarga SM di sini. Mesti ramai peminat di Malaysia akan kecewa jika ini sekadar harapan palsu seperti yang diwar-warkan, betul tak? Iyalah, kalau nak tunggu satu per satu kumpulan dari SM datang itu, punyalah susah kan? Dan kebiasaanya tour akan diadakan, kalau mereka keluarkan album baru atau lagu-lagu baru. 

Sumber gambar: redvelvetupdates

Antara salah satu penyebab yang membuatkan ramai peminat artis dibawah naungan SM Entertainment yakin bahawa SM Town Tour akan diadakan di negara ini adalah sebab tahun lalu ada lawatan dari Ketua Pegawai Eksekutif SM Entertainment Group, Kim Young Min telah melawat ke KL Sports City tahun lalu dan waktu kehadirannya melawat stadium itu, ramai yang berpendapat bahawa akan ada konsert SM Town Tour tetapi bila 2019 pun dah berlalu, ramai pula yang buat spekulasi yang mungkin tahun ini ada. Hmm, apa-apa pun korang doa yang baik-baik sajalah supaya hajat korang nak tengok keluarga besar SM dalam SM Town Tour akan tercapai tahun ini ya! Hehe

 

View this post on Instagram

 

Delegasi daripada SM Entertainment Group yang diketuai oleh Encik Young Min Kim, Ketua Pegawai Eksekutif SM Entertainment Group telah melawat ke KL Sports City. Lawatan tersebut telah di sambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Nik Razeen Adam Daud dan di bawa melawat ke Stadium Nasional dan Axiata Arena. #lawatan #stadiumnasional #axiataarena #perbadananstadiummalaysia

A post shared by Malaysia Stadium Corporation (@stadiummalaysia_official) on

Iyalah, mesti ramai yang cemburu sedikit dengan negara jiran kita iaitu Indonesia sebab ia sentiasa menjadi pilihan banyak K-Pop idol datang untuk buat tour dan seperti beberapa tahun lalu SM Town Tour juga telah diadakan di sana dan memang meriah habis. Ia juga sekaligus menjadikan Indonesia sebagai negara pertama dalam Asia Tenggara yang mana keluarga besar SM Entertainment datang untuk menghiburkan para peminat. Woah! Memang untung betulkan! It’s okay lah! Untuk peminat-peminat di Malaysia, korang tak perlu sedih sangat sebab korang fikir macam ini sahaja, ada rezeki korang bolehlah pergi konsert, kalau tak ada konsert itu pun tak apa sebab rezeki korang juga duit korang selamat dari beli tiket mahal-mahal. Hehe! Tak lah kami gurau sahaja okay! 

Sumber gambar: Daily EXO

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments