in ,

Betul Ke Tak Basuh Pad Boleh Makhluk Halus Kacau?

Sumber gambar: Todaysparent

Weh Zati! Kau tak cuci pad kau kan pagi tadi? Patut la budak junior tu kena kacau petang tadi. Kau ni kenapa tak basuh pad? Tak tahu ke ‘benda-benda’ tu suka makan darah period?

Siapa yang geng sekolah asrama mesti pernah dengar benda ni kan? Asal tak cuci pad je, confirm warden atau senior bilik sebelah akan cerita experience kena kacau dengan hantu makan darah period. Sampaikan semua kes histeria dan rasuk dekat asrama dikaitkan dengan pad yang tak dicuci. Ainaa sendiri pernah rasai pengalaman ‘mistik’ macam ni waktu dekat asrama dulu dan warden pun akan kaitkan isu tersebut dengan masalah ‘tak basuh pad’. Tapi sebenarnya betul ke benda tu? Apa kaitan sebenarnya darah period dengan makhluk halus?

Isu tentang sama ada perlu atau tidak untuk basuh tuala wanita bukan perkara baru untuk dibincangkan. Ada yang berpendirian untuk terus membasuh pad yang rosak, ada juga yang berkeras untuk tetap tidak mencuci pad dan terus membuang ke dalam tong sampah. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri tentang isu ni so kita tak boleh la nak paksa seseorang itu untuk terus basuh atau buang pad mereka.

For those yang memilih untuk tidak membasuh pad, mereka akan membalut dengan menggunakan surat khabar dengan elok sebelum dibuang ke dalam tong sampah. Tapi betul ke kalau tak basuh pad, kita akan diganggu dengan makhluk halus? Atau itu semua sekadar mitos semata-mata?

Perangai Pelik Girls Bila Datang Bulan | Lunaria
Sumber gambar: Lunaria

Perkara ini juga telah dijawab oleh pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan korang boleh tengok jawapan mereka di bawah ini:

Tiada athar atau hadis yang menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya. Bahkan tidak ada riwayat dari para sahabat dari kalangan wanita menyatakan bahawa mereka membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya.

Juga tidak terdapat arahan dari Nabi agar membasuhnya, yang Nabi arahkan adalah jika darah tersebut terkena pakaian sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ Binti Abu Bakar.

Maksudnya β€œAku bertanya kepada Nabi SAW tentang darah haid yang terkena pada pakaian.

Nabi SAW bersabda: Basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.” – Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud (362)

Tak dinafikan darah kotor sememangnya merupakan makanan jin dan darah period tu sendiri darah kotor. Sebab tu la perkara ini sering menjadi perbincangan hangat sehingga dibawa ke media sosial. Once dah masuk ke dalam social media, macam-macam jawapan yang diterima dan masing-masing mempunyai fahaman sendiri berkenaan perkara ini.

Perangai Pelik Girls Bila Datang Bulan | Lunaria

Ada juga sesetengah kaum wanita masih berpegang dengan prinsip untuk membasuh pad mereka setiap kali datang bulan disebabkan sudah terbiasa daripada kecil sehingga dewasa. Tak ada masalah pun perkara tu, terpulang kepada diri masing-masing. Tapi biasanya kalau dekat public toilet, takkan masih nak basuh pad juga? Kan keadaan tidak mengizinkan dan persekitaran pun kurang bersih dan kurang selesa.

Sebelum nak bersihkan pad tu, ada beberapa faktor yang perlu diambil berat terlebih dahulu ya. Just imagine kalau korang berada dekat shopping mall, takkan nak cuci pad? Habis la kotor toilet tu dengan darah korang? Cuba tengok faktor ini kalau masih lagi nak cuci pad sekiranya korang berada dekat luar kawasan rumah:

  • Tandas akan berbau hanyir dengan darah
  • Lubang tandas mempunyai saki baki darah
  • Darah melekat di lantai tandas
  • Pengguna tandas akan tunggu dengan lebih lama
Kenapa beratur untuk tandas wanita lebih panjang daripada lelaki ...
Sumber gambar: livingorganicnews

Korang kena faham juga, bila dah namanya tandas awam mesti ramai orang akan menggunakannya. Jangan disebabkan korang, orang ramai kena tahan nak buang air besar dan air kecil.

Itu kalau korang berada dekat luar kawasan rumah, tapi kalau dekat dalam rumah sendiri itu terpulang kepada diri korang sendiri. Asalkan sebelum dibuang tu korang kena balut dengan ketat dan buang ke dalam tong sampah. Jangan sesekali buang pad ke dalam mangkuk tandas. Selepas cuci pad tu, pastikan juga kawasan di dalam tandas tu tak mempunyai saki baki darah kotor korang.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aksesori Extra Gaya Raya 2020

Agust D Kembali Dengan Mixtape D-2! Suga BTS Buat Hati ARMY Tak Keruan!