in ,

Betul Ke Siapa Lahir Bulan 5 Ni Keras Kepala?

Sumber gambar: https://www.mrbondscienceguy.com/birthday-parties

Happy birthday pada #Lunagirls yang lahir pada bulan Mei ni! Since sekarang ni tengah bulan puasa, mesti korang macam sedih kan sebab kena celebrate birthday lepas berbuka. Tapi mungkin korang share birthday sama dengan artis favorite korang? Macam Scha Al-Yahya pada 30 Mei dan Sufian Suhaimi pada 3 Mei. Ada yang sama tak? Tapi apa karakter orang yang lahir di bulan Mei ni?

CEPAT MARAH KALAU TAK KAWAL

via GIPHY

Nampak je macam lemah lembut orangnya, tapi sebenarnya orang yang lahir bulan Mei ni cepat marah even luaran nampak macam susah nak naik angin. For those yang ada kawan lahir bulan Mei ni, kalau nampak dia tengah nak mengamuk, sila la tenangkan dia dengan cepat supaya dia tak “meletup” ok?

TETAP PENDIRIAN KE KERAS KEPALA?

via GIPHY

Kalau dia cakap A, A lah dia. Takkan pernah berubah kepada B. Maksudnya dekat sini, once dia dah tetap pendirian dengan sesuatu benda tu, memang takkan berubah sebab dia takkan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Kalau bab cinta pula, ada negative sikit sebab dia susah nak berubah hati dekat orang lain. Bila dah crush dekat someone tu, memang sampai bila-bila la dia akan simpan hati dekat orang yang sama.

MUDAH DIPUJUK

Sumber gambar: http://aces15.blogspot.com/2012/06/tips-memujuk-pasangan-merajuk.html

Ikutkan hati memang nak merajuk lama-lama sebab sakit hati dengan sesuatu perkara, tapi diorang ni cepat je lembut hati bila ada yang pujuk. Manja ya nak kena pujuk setiap masa. Tapi jangan la asyik nak kena pujuk selalu, takut nanti kawan-kawan rasa annoying dengan sikap korang tu. Cuba turunkan ego sikit, lagipun korang kan dah besar, malu la kalau asyik nak kena pujuk je.

TAK SUKA DUDUK RUMAH

Sumber gambar: https://www.onetravel.com/going-places/holiday-packing-101-how-to-travel-smart-for-the-holidays/

Pantang cuti je, confirm lesap tak ada dekat rumah. Time tu la nak beli barang, shopping baju, holiday la itu la ini la. Panas bontot katanya kalau asyik duduk rumah je kalau cuti. Which is good sebab tak cerewet bab berjalan. Cuma leceh sikit la sebab asyik nak keluar, duit pun boleh habis. But no worries, kalau korang nak berjalan sana sini, boleh la start menabung daripada sekarang.

Apa yang Ainaa dapat simpulkan daripada orang yang lahir pada bulan Mei ialah mereka ni berdikari dan tak banyak bergantung pada orang lain sebab diorang tahu yang semuanya boleh dilakukan sendir #MissIndependent

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Air Manis Buat Badan Penat Bila Berpuasa?

V Dan Accessories Kepala Berpisah Tiada ♡