in ,

Betul Ke Makan Bawang Badan Akan Berbau?

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=eR9eusRVXw0

Ish busuknya awak ini! Suka makan bawang eh?

Ramai orang ada stereotaip kata yang kalau makan bawang badan akan berbau. Memang ya, Zoe pun tak nafikan dan kalau korang nak tahu, orang Korea pun kuat makan bawang juga tau tapi kenapa kebanyakan mereka badan tak berbau pun? Itu sebab mereka tahu macam mana nak jaga badan daripada ada bau yang kurang menyenangkan orang lain. Harini Zoe akan kongsi juga beberapa manfaat bawang untuk kesihatan #Lunagirls.

KAWAL GULA DALAM DARAH

Sumber gambar:

FYI, kandungan mineral yang ada dalam bawang sangat baik untuk badan kita. Ini kerana ia mampu membantu sel-sel yang ada dalam badan awak semua bertindak balas untuk mengawal paras gula. Jadi, korang tak ada la terkurang gula ke, terlebih gula sampai kencing manis.

JANTUNG SIHAT

Sumber gambar:

Bagi siapa yang rajin makan bawang, risiko untuk korang dapat sakit jantung ini memang rendah sebab bawang ada kandungan flavonoid yang mampu membantu sistem jantung. Selain itu, kandungan dalam bawang juga dapat mencegah risiko penyakit kardiovaskular dan boleh menurunkan risiko penyakit strok.

SISTEM IMUNISASI

via GIPHY

Disebabkan kandungan bawang ini ada selenium, ia juga mampu meningkatkan sistem imunisasi awak semua. Bila sistem dalam badan boleh bekerja dengan baik, jadi badan pun akan susah nak dapat penyakit.

NAFAS LANCAR

via GIPHY

Ia juga terkenal sebagai salah satu ubat anti radang. Oleh sebab itu, kalau korang ada asma dan alergi bolehlah cuba sebab bawang memang dipercayai dapat melancar sistem pernafasan.

Woah! Banyakkan kebaikkan bawang untuk diri kita sebenarnya. Tapi untuk tambahan info korang semua, ia lebih menjadi kalau korang makan bawang ini secara mentah. Eh, bukanlah sekali kulit-kulit bawang tu. Make sure dah cuci, potong bersih baru makan ya.Β 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jenis Kawan Kita Jumpa Waktu Nak Habis Sekolah

WhatsApp Update Baru, No More ‘Curi’ Gambar Crush!