in ,

Betul Ke Main Phone Dalam Toilet Boleh Buasir?!😱

Sumber gambar: https://hellosehat.com/hidup-sehat/perawatan-diri/5-kebiasaan-kamar-mandi-yang-jorok/

Lain kali masuk toilet tu jangan bawa phone! Kan dah buasir bila buang air besar!

Eh? Ada kaitan ke main phone waktu tengah buang air besar dengan buasir? Jawapannya, ya! Pakar pun dah mengesahkan perkara itu. Menurut Dr. Sarah Javis yang juga merupakan doktor perubatan bagitahu yang penggunaan telefon dalam tempoh lama boleh buat kita buasir sebab kita terpaksa meneran dalam masa yang lama. Perkara itu bagi effect tekanan pada saluran darah dekat bahagian rektum dalam badan yang menyebabkan ia jadi bengkak!

via GIPHY

Actually buasir jadi bila saluran darah membengkak dekat bahagian dubur dan rektum. Buasir boleh jadi buasir dalaman atau buasir dekat luaran which is bahagian kulit keliling punggung. Biasanya buasir akan hilang sendiri tapi boleh jadi sakit juga kalau kita tekan secara paksa. Kira kalau dah terkeluar sikit, boleh cuba untuk masukkan sikit demi sedikit.

Cara untuk ketahui sama ada kita ada masalah buasir ialah bila ada darah pekat keluar bila buang air besar, gatal sekitar dubur, selalu rasa nak buang air walaupun baru beberapa minit buang air dan rasa sakit dekat sekitar dubur.

Related image
Sumber gambar

Apa yang korang boleh buat untuk cegah penyakit buasir ialah amalkan diet sihat dengan cara makan makanan tinggi kandungan serat macam buah betik atau pisang. Dua buah itu memang ‘senjata’ utama untuk cegah buasir tau. Minum air yang banyak pun salah satu cara yang berkesan untuk elak buasir. Elakkan tengok drama waktu tengah buang air besar ya! Takut nanti dah settle buang ‘saham’, korang masih lagi duduk dekat dalam toilet.

So lepas ini make sure minum air masak banyak-banyak dan makan buah-buahan. Jujur Ainaa cakap, kalau ada buasir sakit tau girls! Kalau masih pada tahap permulaan boleh tahan lagi, tapi kalau dah kritikal memang kena masuk hospital terus.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Markah 70/100 Di Kira Gagal Di Korea? Korang Patut Bersyukur Jadi Malaysian

Bila Bae Suzy Cakap Melayu, Banyak Hati Cair