in ,

Betul Ke Lathi Challenge Haram? Ini Kata Ustaz

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

OMG! Seramnya tengok dia makeup macam itu, tambah dengan tarian sekali! Rasa macam diperhatikan oleh ‘sesuatu’ je setiap kali tengok video tersebut!

Guys, mesti kebanyakan korang dah tahu tentang #LathiChallenge betul tak? Apa pendapat korang tentang video tersebut yang sekarang ini tengah panas diperkatakan dekat media sosial? Ada yang cakap #LathiChallenge haram sebab ia bagaikan memuja semangat jahat disebabkan tarian dan makeup yang digunakan. Sampai sekarang masih ramai yang join challenge ini dan jika kita ambil daripada sudut positive yang mana kita boleh tengok bakat mereka dalam bersolek ‘hantu’.

View this post on Instagram

seram.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Baru-baru ini pun Da’i Wan Dazrin ada membuat satu thread di Twitter miliknya bercakap mengenai #LathiChallenge. Ada banyak perkara yang dia huraikan dalam thread tersebut tetapi disebabkan beberapa perkara, dia terpaksa memadam thread tersebut selepas ‘diserang’ oleh netizen dari Malaysia dan Indonesia. Malah bukan sahaja Da’i Wan yang menyuarakan tentang perkara ini, ramai lagi pendakwah lain dan mereka juga menerima nasib yang sama.

Apa yang dijelaskan oleh mereka ialah lagu tersebut bagaikan ‘memuja’ roh jahat dan kuntilanak atau pun sesuatu benda yang lain iaitu yang berada di alam ghaib. Tarian yang ditunjukkan juga seolah-olah menyeru sesuatu daripada berwajah cantik dan kemudiannya menjadi seakan-akan hantu. Namun sekiranya niat hanyalah untuk menunjukkan bakat dalam bersolek itu tiada masalah. Tapi bila dah ada yang mula buka mulut untuk beri nasihat, mesti akan ada yang mengecam dan tidak menerima nasihat yang diberikan. Disebabkan itu Da’i Wan dan yang lain juga menerima kecaman. Permohonan maaf juga telah diberikan dan harapnya netizen jangan memburukkan lagi keadaan.

Bagi pendapat Ainaa sendiri, Ainaa pun takut bila tengok video orang buat challenge ini sebab makeup yang menakutkan serta tarian yang seakan-akan menunjukkan sesuatu. Tapi berbalik kepada niat si pembuat challenge sendiri, mungkin dia hanya suka-suka untuk berkongsi bakat dalam bersolek.

For those yang tak tahu lagi, lagu Lathi itu mengunakan bahasa Jawa. Makeup dan busana tradisional Jawa yang digayakan oleh penyanyinya sendiri iaitu Sara Fajira telah menggabungkan elemen asli Indonesia sendiri. Perkataan ‘Lathi’ itu sendiri membawa maksud ucapan atau lidah daripada bahasa Jawa Kuno.

Additional information untuk korang yang tertanya-tanya siapa agaknya penyanyi asal lagu Lathi ini…

Lagu Lathi sudah pun viral sejak bulan lepas yang mana MV bagi lagu tersebut telah mencecah sebanyak 43 juta kali tontonan sejak dimuatnaik pada 26 Mac yang lepas. Dicipta sepenuhnya oleh Reza Arap, Eka Gustiwana dan Gerald Liu yang mana lagu tersebut telah berjaya ‘memikat’ hati pendengar kerana ia telah menggabungkan elemen irama tradisional dan moden dari Jawa Indonesia. Lirik lagu tersebut juga telah menggabungkan bahasa Inggeris dan bahasa Jawa Kuno.

Mesti korang tertanya-tanya siapa agaknya Sara Fajira yang memainkan watak utama dalam lagu ini? Dia merupakan penyanyi rap yang berasal dari Surabaya Indonesia, baru sahaja berusia 25 tahun, gadis cantik itu mempunyai darah kacukan Poland, Yamen dan Indonesia dari suku kaum Batak.

Daripada gaun berwarna putih suci kepada busana hitam dan solekan menakutkan membuatkan ramai pendengar tertarik dengan lagu tersebut. Mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini ialah tentang pengalaman mereka yang telah terjebak dalam toxic relationship, kebohongan serta ego yang tinggi. So no wonder daripada cantik terus berubah menjadi susuk yang ‘menakutkan’ kerana telah lama bertahan dalam percintaan yang toxic.

View this post on Instagram

Nahhhh!! FINALLY… #LathiChallenge yang korang tertunggu2 👻 tapi versi siam.. tulisan kat muka pun bahasa thai 😂 . . . Sooo! Cerita sebalik video yang korang duk request siap merayu2 nak sgt Mekwa buat version Mekwa ni 😂😂😂cerita dia.. Mekwa and abang2 Mekwa Plan satu hari je nk buat video ni.. . . 4jam plan, 6jam shoot, settle kul 6 pagi ok😂 edit 16jam weeiii.. . . Mekwa buat special sikit, pakaian traditional Indonesia 🇮🇩 ke pakaian traditional thailand 🇹🇭 . Sebab Mek kan HALF THAI. HEHEHHE . . Hasilnya!!!! Mekwa sendiri pon inlove gila, sumpah x pecaya boleh buat video camniiii..😭😭😭 Thanks to Abang Mekwa @eddyrafuanrashid , sebab tolong plan, Shoot and Edit video ni. 99% edit by him and 1% touch up edit by me 😝 Aunty Mekwa, @icu_maryana tolong Adik pakaikan baju ni, buatkan rambut lah sampai aunty tido pukul 6pagi.. Susah and berat pulak nk pakai Baju Thai ni😅 siap tolong tuliskan bahasa thai kat muka 😹 mekwa tak reti tulis bahasa thai. Kikiki🤭 And thank you gfan @arfanrashid tolong sewakan baju thai ni dalam masa satu hari g sewakan baju utk adikkk!! Thank you for making this happened guys . Blanje emoji sesuai kat Mekwa okay! And tag kawan korang yang been talking about this #lathichallenge . . Song Lathi by @sarafajira Video inspired by @jharnabhagwani . . Baju @mawarosehq #lathichallenge #lipsynchallenge #thaitraditional #makeup #viral #mawarose #makeuptutorial

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Di Malaysia sendiri dah ramai orang yang ikut challenge ini, antaranya Mawar Rashid yang mana membuatkan ramai berasa kagum dengan bakat Mawar. At the same time dia juga mempunyai darah kacukan Thailand dan dia bagaikan menghayati lagu tersebut, ditambah pula dengan pakaian tradisional Thailand. Memang onz Mawar ini! Kalau korang nak tengok challenge, boleh search je #LathiChallenge.

Sesiapa yang tak berani untuk tengok video challenge tersebut, baik korang jangan tengok sebab takut nanti korang rasa terganggu pula. Apa yang elok kita ikut, apa yang tak elok itu kita jadikan pengajaran okay! BTW korang nak tak geng Lunasquad buat challenge ini? Kalau nak, komen sikit di bawah!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Selepas Lathi Challenge Yang Seram, Barzakh Challenge Pula Yang Viral!

Norma Baharu Persekolahan Selepas Tempoh PKP