in ,

Betul Ke Cukur Muka Boleh Buat Kita Flawless?

Sumber gambar: Youtube.com

Alaaa, kenapa la foundation ni jadi bercapuk! Ni mesti sebab banyak bulu dekat dahi ni, ish! Dah tak cantik makeup kalau bercapuk macam ni.

Siapa yang ada masalah makeup selalu bercapuk dekat area dahi sebab geng dahi ‘berbulu’ macam Ainaa? Masalah macam ni memang akan selalu terjadi for those yang mempunyai banyak bulu dekat bahagian muka.

Mencukur Justru Bikin Bulu Halus di Wajah Makin Lebat? Ah Belum Tentu
Sumber gambar: Health

Tapi boleh ke kalau nak cukur bulu-bulu kehidupan tu? Kalau cukur nanti tak ke bulu tu tumbuh dengan lebih lebat? Sebab risau bulu bertambah lebat la sometimes ada girls yang takut nak cukur bulu-bulu dekat muka. Sebenarnya kita pun boleh je cukur bulu dekat kawasan muka sekiranya ia memudaratkan.

Ada juga girls yang takut nak bercukur sebab risau muka terluka, dah satu hal kena letak plaster pula dekat muka, susah nak makeup lagi kan. Tapi jangan risau, ada caranya untuk kita cukur muka ni supaya tak terluka atau terjadi apa-apa yang tak diingini. Bila dah cukur bulu ni, muka pun akan jadi flawless tau, kalau nak tahu macam mana keep on baca artikel ni okay!

PERALATAN

GINAH [COD] SUPHER - inkle Pisau Pencukur Alis Eyebrow Razor ...
Sumber gambar: Lazada

Jangan guna pencukur sebarangan ya untuk muka ni, jangan pula korang pakai pencukur yang korang buat cukur bulu ketiak dan Miss V, habis rosak muka tu nanti, hehe! Korang perlukan beberapa peralatan terlebih dahulu, antaranya ialah

  • Skrub muka
  • Kain bersih untuk lap muka
  • Gel pencukur muka
  • Pisat pencukur muka
  • Pelembap muka

Selain kena guna barang yang betul, cara mencukur ni pun ada teknik yang tersendiri. Sebab tu pertama sekali kena pastikan pakai alat yang bersesuaian, bukan main pakai je apa yang ada.

Hmm.. Patut Laa Kulit Kering Lepas Cukur! | Lunaria
Sumber gambar: Busttle

Pertama sekali, korang kena cuci muka terlebih dahulu dengan air suam yang bersih supaya segala minyak akan tertanggal daripada kulit muka. Segala kotoran juga perlu dibuang supaya proses mencukur dapat dijalankan dengan mudah. Jangan sesekali mencukur muka waktu tengah pakai makeup ya, dilarang sama sekali!

Lepas korang dah bersihkan muka, pastikan pakai skrub supaya segala sel dan kulit mati dapat ditanggalkan sekali gus memudahkan korang waktu nak bercukur nanti. Bukan apa, risau kalau tak skrub nanti permukaan bulu pada kulit muka menjadi tak sekata, so nanti nak potong pun jadi susah juga.

Settle cuci dan skrub, tuam sekejap muka dengan air panas atau gunakan kaedan wap. Buat selama tiga hingga lima minit, proses ini bertujuan untuk melembutkan kulit dan bulu yang terdapat pada bahagian muka kita. Once dah tuam, apply gel pencukur pada kulit muka. Macam yang korang tahu, bila kita apply gel pencukur, proses mencukur pun menjadi lebih mudah dan pisau cukur pun akan membuat kerja dengan pantas.

Cara Mencukur Bulu Wajah Tanpa Iritasi
Sumber gambar: Editorial

Berhati-hati waktu mencukur tu sebab takut korang tersalah cukur bahagian bulu yang lain antaranya ialah bulu kening dan bulu mata. Alang-alang bila dah mencukur tu, boleh la juga cukur juga kawasan atas bibir sebab ada certain orang mempunyai misai dekat bahagian situ.

Ainaa sendiri pernah cukur misai sebab rimas jadi macam lelaki pula bermisai ni, nanti takut crush reject pula sebab tengok ada misai, hehe! Ainaa juga pernah cukur bulu dekat muka dan memang waktu tu muka jadi flawless, makeup on point dan bila selfie muka dekat-dekat pun tak nampak ya segala macam bulu yang ada. Lepas ni korang pun boleh cuba juga tau, tapi apa yang penting pastikan korang guna pencukur yang betul.

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Top 5 Lagu Korea Tentang Friendship

Sebelum Bergelar KPOPERS, Ini Korang Perlu Tahu