in , ,

Betul Ke Avengers: End Game Nak Game Orang?

Sumber Gambar: https://in.ign.com/

Eii… Tak sabarnya nak tengok Avengers: End Game

Ha #Lunagirls, siapa dekat sini peminat besarAvengers? Mesti korang tak sabar kan tunggu bulan empat ini. Rasanya apa yang bakal terjadi, betul ke semua hero Marvel mati disebabkan Thanos? Erm, kita tunggu sama-sama ok? Dalam banyak-banyak hero Marvel kan, korang paling minat siapa? Sebab Ummi nak share dengan korang personal favorite hero Ummi dan kekuatan diorang. Rasanya boleh beat tak hero korang?

SPIDER-MAN

via GIPHY

Apa yang membuatkan Spider-Man ini pilihan Ummi, sebab dia kelakar! Selain tu, dia juga ada  kuasa yang hebat tau. Dia boleh kalahkan Winter Soldier dan Falcon dalam Captain America: Civil War dan tolong kawan-kawan dia yang lain untuk melawan Thanos. Plus, dia ni degil dan cheeky sebab asyik kacau Iron Man, biasalah Spider-Man ini kan hero paling muda, mestilah curious nak tahu semua benda.

CAPTAIN AMERICA

via GIPHY

Eh! Macam biasalah si handsome ini mesti ada dalam senarai Ummi. Bukan setakat handsome, tapi kuat dan boleh melawan any musuh yang datang. Kalau #Lunagirls nak tahu, Captain America ini dah bersumpah setia pada kerajaannya untuk menjaga dunia. Kekuatan yang dia ada hasil dari latihan seni mempertahankan diri dan shield direka khas oleh Iron Man. Tapi masa Captain America: Civil War, Captain America dah pulangkan balik shield dia pada Iron Man, jadi macam mana dia nak lawan ya? Hm..

VISION

via GIPHY

Ha! Kalau korang ingat Vision ini adalah satu-satunya hero yang paling dicari oleh Thanos. Sebab di kepalanya ada terletak batu fikiran (Mind Stone), batu ini memiliki kekuatan untuk menguasai pemikiran seseorang yang disentuhnya. WOW cool nya!

THOR

via GIPHY

Selain Captain America, Thor juga adalah hero terkuat Avengers. Dia boleh melawan, Hulk, Vision, Scarlett Witch dengan hanya kapak dan petir je. Thor ni anak dewa Odin and Fyorgyn jadi kuasa dia ni sememang tahap dewa! Memang tak boleh nak diperkatakan lagi, Thor memang menjadi kegemaran ramai.

DR STRANGE

via GIPHY

Eh! Walaupun Dr Strange ini tak lah handsome macam hero yang lain tapi Dr Strange ini lagi kuat dari Thor dan Captain America tau? Dah banyak pertempuran yang dia lawan, tapi Dr Strange baru kalah dua kali dengan Ebony Maw dan Thanos. Tapi kita tunggulah Avengers: End Game nanti, tengok macam mana kebangkitan Dr Strange.. Ataupun apa yang terjadi itu semua hanya permainan minda? #jengjengjeng

Ini adalah antara list karakter Avengers yang Ummi minat. Korang paling suka hero yang mana? Share lah dengan Ummi dan team LUNARIA. Mana tahu nanti kita boleh buat session Avengers tengok movie sama-sama :3

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Bahan Kimia Bahaya Untuk Manusia!

Makeup Seinci Jangan Sampai Jerawat ‘Sesak Nafas’…