in ,

Bestnya Bila Ada BFF Lelaki 😝

Sumber gambar: https://wegotthiscovered.com/tv/girl-review-relaunch-katie/

Kawan lelaki ke kawan perempuan yang best? Hmm, kalau kawan perempuan sikit-sikit nak terasa lepastu merajuk. Kalau kawan lelaki, cakap kasar sikit pun dia tak kisah…

Girls, korang ni dalam kategori ramai kawan lelaki ke ramai kawan perempuan? Atau korang langsung tak ada kawan? Kalau ramai kawan perempuan tu benda biasa je, tapi kalau ramai kawan lelaki ni macam mana pula? For those yang tak ada kawan lelaki, Ainaa nak bocorkan sikit rahsia tentang kelebihan ada BFF lelaki… Jom check it out girls~

TAK CEPAT MERAJUK

Sumber gambar: https://www.viramon.com/news/tandalelakimerajuk

Dah nama pun lelaki, even ego tinggi macam mana sekali pun tapi dia takkan cepat merajuk in case kita ada tersalah cakap or anything. Diorang ni jenis yang malas nak ambil pusing tentang benda yang remeh. So, daripada dia merajuk dengan korang baik dia kawan je macam biasa. Lagi pun dia bukan boyfriend korang pun nak merajuk lama-lama #FriendZoned.

BOLEH SIMPAN RAHSIA

via GIPHY

Kalau bab membawang ni, girls la yang paling excited. Kadang-kadang tahap excited tu sampai terlepas cakap dekat orang lain pula. Lain pada boys yang mana diorang memang akan simpan rahsia korang walau kena desak macam mana sekali pun. Share la apa pun masalah atau rahsia, confirm orang lain takkan tahu punya. Tapi jangan pula sampai tak segan silu share semua cerita dengan dia. No no no.

SELALU ONZ

via GIPHY

Nak ajak study group? ONZ. Nak ajak datang beraya dekat rumah? ONZ kejap lagi penuh depan rumah korang dengan geng-geng yang lain. Boys ni senang je, kalau dah nama pun kawan, last minute macam mana pun plan tu mesti diorang akan cuba untuk laksanakan. Lagi pun diorang kan lelaki, senang la nak bergerak ke mana-mana. Kalau girls tu susah sikit sebab faktor keselamatan.

SUPPORT KALAU ADA CRUSH BARU

Sumber gambar: https://psiloveyou.xyz/6-things-everyone-should-know-if-they-have-a-crush-on-someone-b3a5faa8f062?gi=a3f04647f778

Dah nama pun BFF, kena la selalu support each other. Bila korang ada crush je, mesti dia la manusia yang paling excited sampai sanggup berkenalan juga dengan si dia. Kononnya nak confirm yang si dia tu ialah lelaki yang baik. Kalau macam tu, bagus la juga at least tak ada la korang kena game. Tapi jadi tak best kalau tiba-tiba BFF korang tu tangkap cintan dengan korang pula. Oopss, kalau jadi macam tu alamatnya RED ZONE la girls.

Tak salah pun kalau kita nak ada BFF berlainan jantina. Asalkan tahu batasan antara satu sama lain. Lagi best kalau parents korang kenal dengan BFF tu, at least diorang tahu siapa kawan korang tu.

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Punca Kenapa Kulit Muka Korang Kusam…

#LunaSquad: Hun Haqeem ada 9 Girlfriends?!