in ,

Bestnya Banyak Drama Korea Keluar Bulan Ni…

Sumber gambar: www.memesmonkey.com

Bulan Julai ni bulan apa? Mesti la bulan drama KPOP! Ehemm, dengarnya bulan ni ada banyak drama Korea menanti korang tau tak. Untuk elakkan korang terlepas segala macam drama yang best tu, Ainaa akan share dekat korang drama yang bakal menanti kita semua!

HOTEL DEL LUNA -13 Julai 2019-


Kalau korang ni penggemar drama seram dan fantasi, mesti korang akan suka dengan drama ni. Mengisahkan tentang seorang lelaki yang diamanahkan untuk menjaga sebuah hotel dan of course la waktu tu dia akan bertemu dengan cinta hatinya. Apa yang uniknya ialah semua penunjung hotel ni ialah hantu! Latar belakang hotel ni berasaskan reka hiasan lama yang seram dan terletak di pinggir bandar Seoul. Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Yeo Jin Goo dan IU.

CLASS OF LIES – 17 Julai 2019-

Drama ni mengisahkan tentang seorang peguam yang selalu menang kes yang dia handle. Tapi sebabkan dia hanya pentingkan tentang duit dan reputasinya mula musnah lepas dia kendalikan satu kes pembunuhan yang berlaku dekat sebuah sekolah. Since nama dia dah mula buruk, dia berusaha untuk pecah masuk ke dalam sekolah untuk jadi guru sementara bagi mendedahkan rahsia setiap pelajar dekat situ. Fuhh, macam best je drama ni kan.

JUSTICE -17 Julai 2019-


Demi untuk menuntut bela atas kematian adiknya, seorang peguam sanggup buat perjanjian dengan syaitan. At the same time berlaku satu konflik antara peguam ni dengan seorang pemilik syarikat yang sanggup jadi jahat demi keluarganya. Diorang berdua mula bergaduh lepas siasat satu jenayah yang berlaku dekat kawasan Korea Selatan melibatkan orang VVIP sampai membabitkan kehilangan beberapa orang lagi.

DOCTOR JOHN/ DOCTOR YO HAN – 19 Julai 2019-


Mengisahkan tentang beberapa orang doktor pakar yang mempunyai kepakaran masing-masing. Setiap episod drama ni akan memaparkan banyak jenis penyakit pesakit tersebut tapi tak diketahui apa punca kesakitan diorang. Jadi, semua doktor ni la yang akan cari punca tentang penyakit yang dihidapi mereka. Antara pelakon yang membintangi drama ni ialah Lee Se Young, Ji Sung, Lee Kyu Hyung dan ramai lagi.

Fuhh, nampaknya kebanyakan drama ni mengisahkan tentang siasatan dan misteri! Tapi best juga cerita macam tu, at least kita pun akan berfikir untuk selesaikan masalah yang ada dekat dalam drama tu, hehe! Enjoy your K-Drama girls!

What do you think?

-3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#LunaSquad: Hun Haqeem ada 9 Girlfriends?!

Takut Terbuang WhatsApp Lama? Cuba Cara Ni…