in ,

Best Moment Of Avengers: EndGame #SpoilerAlert

Sumber Gambar: https://geektyrant.com/

Hai #Lunagirls, korang mesti dah tengok Avengers: Endgame kan? Ada yang menangis teresak-esak tak masa Iron Man mati? Bagi yang tak tengok lagi, sorry Ummi dah bocorkan hihi #SpoilerAlert! Ummi nak tanya korang, what is the best moment yang korang dapat masa tengok Avengers: Endgame? Bagi Ummi, part ni yang paling Ummi ingat…

“GONE FOR THE HEAD” – THOR

Sumber Gambar: https://www.pinterest.com/

Permulaan cerita menunjukkan bagaimana Avengers dapat mencari Thanos dengan bantuan Nebula. The best part dan yang paling kelakar dalam ni, bila Thor without warning terus tetak kepala Thanos dan berkata “I’ve gone for the head”. Dalam Avengers: The Infinity Wars sepatutnya Thanos dah mati dalam tangan Thor, tapi dia silap sebab hanya tusuk dada Thanos sambil berdrama kosong, end up Thanos snap his finger and gone… 

“LOVE YOU 3000” – ANAK TONY STARK

Sumber Gambar: https://www.wheninmanila.com/t

Kemunculan anak Iron Man dalam movie ni memberi bekas kepada semua dengan ungkapan “I love you 3000”. Ewah! Sampaikan Dr Maszlee, Menteri Pelajaran Malaysia pun guna ayat ni masa sidang media tau. Bukan tu je, waktu Endgame ni mula-mula keluar, dekat social media mostly penuh dengan catchphrase ni.  Korang ada tak guna ayat keramat ni dekat crush or boyfriend? Mesti ada kan hihi.

THOR BUNCIT

Sumber Gambar: https://www.looper.com/

Akibat kegagalan dia bunuh Thanos pada Avengers: The Infinity Wars. Thor telah membawa diri ke ke Norway which is the new Asgard since yang lama dah musnah waktu Thor: Ragnarok. Dia  kecewa dengan diri sendiri dan dia menjadi pemabuk yang teruk. Dalam part ni pun menunjukkan sisi lain Thor, which is dia tak lagi gagah dan berperut buncit! Sampaikan semua ahli Avengers terkejut tau masa jumpa Thor, kelakar sangat scene ni. Tapi bagi Ummi, Thor cute sangat, hihi.

PENGORBANAN BLACK WIDOW

via GIPHY

Part ni yang paling sedih, sebab  Black Widow and Hawkeye berebut-rebut nak korbankan diri diorang sebab nakkan Soul Stone. Nak dapatkan Soul Stone, kena korbankan orang yang kita sayang, macam dalam Infinity Wars dulu, Thanos korbankan anak dia Gamora. Black Widow ni sayangkan kawan-kawan dia, dan dia nak tengok plan diorang berjaya sebab tu dia sanggup korbankan diri. Such lovely friends!

CAPTAIN AMERICA

via GIPHY

Eh! Korang terkejut tak bila tengok Captain America boleh pegang tukul Thor? Hmm… Ummi pun tak ada jawapan girls, sebab ada beberapa fakta yang belum dikeluarkan lagi. Kalau korang dah tahu, share la dengan Ummi.

Avengers ni jadi satu movie yang paling trending tahun 2019, so lepas ni agak-agak cerita apa pula eh? Katanya ada New Avengers, which is anak-anak dorang pula yang berlakon. Dengarnya ada anak Iron Man, anak Captain America? Hm! Itu teori je. But who knows..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Macam Mana Nak Kenyang Sampai Petang Bila Tengah Puasa?

Bulan Ramadan Masa Untuk Berjimat!