in ,

Berkat Kesabaran, Akhirnya TREASURE Debut Dengan Lagu ‘BOY’

Sumber gambar: blog.kpopsource.com

Mungkin ada di antara korang yang sebelum ini pernah dengar tentang Treasure 13. Baru-baru ini mereka telah mulakan debut mereka. Yeay! Akhirnya setelah sekian lama kehadiran mereka dalam industri dinanti oleh peminat, mereka telah debut sebagai kumpulan baru TREASURE dengan lagu BOY. TREASURE juga adalah kumpulan K-Pop pertama yang paling ramai anggota dan muzik video mereka juga telah mendapat banyak respon yang positif daripada peminat. Bukan setakat itu sahaja, malah lagu BOY juga telah dilaporkan masuk ke dalam carta iTunes di pelbagai negara. Hebat!

Sejak lagu BOY itu dilancarkan, lagu mereka telah meraih carta pertama di beberapa negara seperti Hong Kong, Singapura, Arab Saudi, Brasil, Indonesia, Qatar, Peru, dan Thailand. Muzik video BOY juga telah meraih lebih 17 juta tontonan sehingga hari ini selepas dikeluarkan pada 7 Ogos lalu. Untuk pengetahuan korang juga, lirik lagu BOY juga telah ditulis oleh anggota TREASURE sendiri iaitu Choi Hyun Suk dan Haruto.

Selain itu, ada juga yang cakap bahawa debut TREASURE kali ini juga YG Entertainment telah mengeluarkan modal yang banyak. Bahkan, untuk membuat muzik video sahaja, pihak pengurusan mereka telah mengeluarkan bajet yang sangat tinggi dan juga masa yang banyak untuk menyiapkan satu muzik video bagi kumpulan debut paling ramai di agensi YG Entertainment. Hmm, iyalah sebelum ini YG selalu debutkan anggota yang jumlah sedikit juga, betul tak? 

Untuk korang yang tidak tahu, TREASURE mempunyai 12 orang anggota iaitu Choi Hyunsuk, Park Jihoon, Yoshinori, Kim Junkyu, Mashiho, Yoon Jaehyuk, Asahi, Bang Yedam, Kim Doyoung, Haruto Watanabe, Park Jeongwoo, dan So Junghwan. Kumpulan ini telah dibentuk pada tahun 2019 oleh YG Entertainment melalui program reality-survival YG Treasure Box (2018).

Beberapa anggota TREASURE juga ada yang telah aktif dalam dunia hiburan sejak kecil dan selalu mengikuti pertandingan pencarian bakat di Korea. Sebelum ini juga, TREASURE sebenarnya telah dirancang untuk mulakan debut dengan 13 orang ahli tetapi ada salah seorang anggota iaitu Ha Yoon Bin telah menarik diri pada 31 Disember tahun lalu. Apa-apa pun, semoga berjaya pada masa akan datang TREASURE! Dan Korang pun jangan lupa tonton sekali MV BOY.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Panas Betul Sekarang, Ini Cara Jimat Untuk Rasa Lebih Sejuk

5 Sikap Yang Tak Sepatutnya Ada Dalam Diri Seseorang