in ,

Berjaya ‘Kalahkan’ Goblin, Crash Landing On You Pikat Hati Penonton!

Sumber gambar: Thedigitalweekly.com

Pernah ke drama Korea mengecewakan? Kebanyakan drama Korea seronok, bila scene happy, happy sangat dan scene sedih pula memang sedih sangat sampai boleh menangis teresak-esak.

Baru-baru ini, episod akhir drama Crash Landing On You (CLOY) berjaya mengalahkan rating drama Goblin. Wowww, hebat penangan drama Crash Landing On You. Tengok dekat Twitter pun ramai yang cakap drama ini best. Banyak lagi drama Korea yang tengah tunggu dalam list, ini dah kena add on another new drama.

Image result for sad scene goblin

Drama CLOY yang dibintangi oleh Hyun Bin dan Son Ye Jin berjaya mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah saluran tVN! Menurut laporan Nielsen Korea, pada episod akhir, mereka telah berjaya mencapai sebanyak 24.1 % mengalahkan rekod Goblin pada Januari 2017 ialah 20.5% . Nampaknya CLOY menang banyak dengan Goblin ya. Ini mesti double sedih dan best jalan ceritanya sehinggakan ramai orang tengok episod akhir.

For those yang tak tahu lagi, drama Crash Landing On You ini mengisahkan tentang seorang businesswomen dari Korea Selatan yang kaya iaitu Yoon Se Ri yang mana telah sesat di Korea Utara. Ketika dia tersesat di dalam hutan, dia terjumpa dengan Lee Jung Hyeok yang mana merupakan seorang askar dan dia telah cuba untuk melindungi serta menyembunyikan Se Ri supaya dia berjaya kembali ke Korea Selatan dengan selamat. Ada iras-iras drama Descendants Of The Sun, ada vibes askar.

Image result for crash landing on you
Sumber gambar: Thedigitalweekly

At the same time, ada juga yang menganggap plot drama CLOY ini seakan-akan cliche macam drama Korea yang lain pada awalnya. Ada juga yang menganggap episod satu agak membosankan kerana ada part yang meleret serta seperti sukar untuk difahami. Itu episode awal, bila dah masuk episode yang seterusnya, semua terkejut dengan jalan cerita yang diberikan dan terbukti bahawa ramai penonton lebih menyukai drama yang mempunyai jalan cerita romantik at the same time mainkan perasaan. Kejap happy, ceria, gelak ketawa dan tak lama selepas itu scene sedih menangis meraung meratap. Itu yang membuatkan sesebuah drama itu menjadi lebih menarik!

Rata-rata netizen di Twitter pun bersetuju bahawa drama Crash Landing On You ini sememangnya seronok dan ramai tak expect jalan cerita akan jadi seperti demikian. Ada juga yang membandingkan kedua-dua drama hebat tersebut.

Jelas bahawa setiap orang mempunyai preferences masing-masing. Maybe ada yang suka drama Goblin, ada yang tak suka drama Crash Landing On You dan sebaliknya. Mana yang suka kedua-duanya confirm memang kaki layan drama Korea.

Jangan risau, tak perlu bersusah payah cari drama ini, korang buka je Netflix dan tengok je dekat situ. So far full episod dah pun release di Netflix. Weekend ini bolehlah korang layan drama CLOY ya. Tengok sekali dengan BFF korang yang juga kaki drama mesti best! Silap haribulan weekend ini pun korang dah boleh habiskan semua episod ya!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hero Heroin Yang Mungkin Sesuai Digandingkan Bersama

Aplikasi Untuk Dapatkan Gambar Nampak Lebih Aesthetic