in ,

Bergurau Isu Positive Covid-19, Kim Jae Joong Kena Kecam

Sumber gambar: hourstv.com/

Orang lain tengah sibuk risau tentang virus Covid-19, ada pula yang nak main-main kononnya diri dia terkena virus bahaya itu. Kalau kena betul-betul nanti baru tahu, nak menyesal atau minta maaf pun dah terlambat.

Semakin hari semakin bertambah berita tentang jumlah pesakit Covid-19 sehingga membuatkan ramai berasa bimbang sekiranya tempoh RMO akan berlanjutan lagi. At the same time, kita sendiri tak nak sekiranya ada ahli keluarga yang terkena virus tersebut. Tapi ada pula orang ‘bergurau’ kononnya diri dia positive Covid-19.

Baru-baru ini, seorang bintang K-Idol, Kim Jae Joong telah membuat lawak bersempena April Fool dengan mengatakan dia positive Covid-19. Niatnya  bergurau sebab nak hiburkan hati orang. Fans dan netizen sangat terkejut dengan gurauan kasar yang dibuat oleh selebriti berusia 34 tahun itu.

View this post on Instagram

해서는 안 될 행동이라고도 저 스스로도 인식하고 있습니다. 먼저 제가 SNS 쓴 글로 인해 코로나 바이러스 19로 인해 피해 받으신 분들, 행정업무에 지장을 받으신 분들께 진심으로 죄송하다는 말씀과 사과드립니다. 옳지 않다는 판단. 알고 있습니다. 현재 느슨해진 바이러스로부터의 대처 방식과 위험성의 인식. 코로나 바이러스 19로 인해 피해 받을 분들을 최소화시키기 위해 경각심을 가졌으면 하는 마음에서 메시지를 전달하고 싶었습니다. 봄이 찾아와 따뜻해진 계절의 야외에서의 여가생활, 개학이 미뤄지고 여유로워진 시간을 활용한 밀폐된 공간에서의 접촉 등으로 제2의 제3의 코로나 패닉을 낳을 수 있다는 생각에 너무나 무섭습니다. 저의 아버지도 얼마 전 폐암 수술을 받으시고 줄곧 병원에 다니셨습니다. 그러면서 병원에 계신 의료진과 환자들을 보면서 뭔가 화가 나기도 하고 바이러스가 남의 일이 아니라 자신의 일이었다면 하는 생각이 들었습니다. 그래서 정작 코로나 바이러스 19로 인해 벗어나고자 노력하는 분들과는 반대로 평상시와 다를 바 없는 복장과 마스크를 착용하지 않은채 여가생활을 즐기고 계시는 분들이 많다는 이야기에 경각심이 필요 하다 생각 했습니다 다양한 정보매체와 인터넷에서도 크고 작은 주의를 요청하고 있는 가운데 그 이야기를 들어주지 않는 사람들에게 어떻게해서든 현시점의 위험성을 전달하고 싶었습니다. "제발. 귀 기울여주세요. 제발. 아프지 말고 아픔을 겪지 마세요." 라구요. 제 주변에서마저도 확진자가 생겨나고 있습니다. 먼 곳의 이야기가 아니란 걸 확신했고 두려움은 배로 느껴졌습니다. 사람을 잃고 나서야 반성하는 태도는 아무런 도움이 되지 않습니다. 답답하고 힘들지만 지금보다 더.. 조금 더 노력해서 이 힘든 시기를 함께 이겨내고 싶습니다. 오늘의 글..지나치지만, 지나칠 정도의 관심을 가져주신다면 이야를 들어주지 않을까라는 방법이 많은 분들에게 상처를 드리고 비난을 받고 있습니다. 제 글로 인하여 코로나 바이러스를 위해 애쓰시는 정부기관과 의료진들 그리고 지침에 따라 생활을 포기 하며 극복을 위해 힘쓰는 많은 분들께 상심을 드린 점 진심으로 사과드립니다.

A post shared by J_JUN 김재중 ジェジュン (@jj_1986_jj) on

Disebabkan risau dengan gurauan itu, dia pun edit semula kenyataannya dan memohon maaf di atas sikap kurang sensitive dan tidak prihatinnya itu. Sebagai seorang idol, dia sepatutnya tunjukkan contoh yang baik dan bukannya bergurau dengan cara yang tak masuk akal seperti itu.

Kim Jae Joong yang merupakan penyanyi K-Idol JYJ dibawah naungan syarikat hiburan CJeS Entertainment telah memaklumkan bahawa artis mereka langsung tidak positive Covid-19 seperti yang dinyatakan olehnya. Bahkan, dia masih dalam keadaan yang sihat dan kini berada di Jepun atas urusan kerja.

Di dalam postingnya, dia telah mengakui bahawa dia telah membuat salah dan mengakui kesilapan dirinya itu. Dia juga menganggap gurauannya itu sebagai satu langkah yang tidak sepatutnya berlaku.

Disebabkan itu, dia telah membuat permohonan maaf secara terbuka terutamanya kepada pihak kerajaan serta pihak perubatan yang telah berusaha bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa pesakit. At the same time, dia juga sempat memberi mesej kepada orang ramai supaya terus menjaga kesihatan dan keselamatan diri.

Dia juga menyesal dengan tindakannya itu dan bersedia untuk menerima sebarang hukuman ke atas dirinya berkenaan status tersebut. Rata-rata peminat juga sangat kecewa dengan sikap idol mereka itu dan tak menyangka dia akan membuat gurauan yang tidak masuk akal seperti itu.

Sumber gambar: Twitter

Bagi mereka yang nak buat lawak, banyak lagi lawak lain yang boleh dibuat dan bukannya lawak seperti itu. Mereka juga menganggap Kim Jae Joong sepatutnya menunjukkan imej yang baik terhadap umum kerana dia mempunyai pengikut yang ramai di sosial media dan dia juga sepatutnya menggunakan social media sebagai medium untuk memberi nasihat kepada orang awam.

Perbuatannya itu benar-benar merisaukan peminat dan ada juga yang tertekan dengan sikap idola mereka itu. Seeloknya sebagai selebriti dia perlu bersikap peka terhadap perkara penting seperti itu dan bukannya hanya buat ia sebagai satu gurauan.

View this post on Instagram

Goodmorning × night ~

A post shared by J_JUN 김재중 ジェジュン (@jj_1986_jj) on

At the same time, fans sangat berharap sekiranya Kim Jae Joong dapat belajar daripada kesilapan bahawa bukan semua perkara boleh dibuat bergurau. Harapnya selepas ini tak ada lagi lawak tak masuk akal dari selebriti Korea mahupun Malaysia lagi. Isu sensitive seperti ini jangan buat main tau, orang lain memang nak elak daripada kena tapi ada pula yang macam meminta untuk sakit.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Self-Quarantine Ala Harry Styles!

Free Show Oleh Artis Luar Khas Untuk Fans #DudukRumah